Gadis Ini Mendapat Respon Christina Aguilera Dengan Nyanyian Padunya!

Semua orang dianugerahkan bakat berbeza-beza. Ada keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Begitu juga dengan gadis bernama Nuha Bahrain yang berbakat dalam bidang nyanyian dengan suaranya yang merdu. Bukan biasa-biasa bakatnya, malahan gadis ini mampu meraih perhatian Christina Aguilera dengan suaranya yang memang padu.

Nuha Bahrain yang sememangnya aktif membuat video cover lagu di Instagramnya turut terkejut apabila rakaman 3 minggu lalu di repost semula oleh penyanyi asal lagu ‘Hurt’, Christina Aguilera.

Berikut adalah video nyanyian Nuha Bahrain yang dikongsikannya sendiri:

 

View this post on Instagram

 

Hurt by @xtina 🖤

A post shared by Nuha Bahrin (@nuha_bahrin) on

Memang cukup ‘rasa’ nyanyian dari gadis comel molek ini. Video tersebut turut meraih perhatian ramai dengan lebih 200,000 tontonan.

Bagaimanapun beberapa hari lalu Nuha Bahrain berkongsikan videonya itu turut mendapat perhatian Christina Aguilera. Penyanyi asal itu juga repost videonya itu membuatkan dia terharu.

 

View this post on Instagram

 

CHRISTINA AGUILERA noticed me you guys i am dyingggg 😭❤️ thank you thank you thank youuuu @xtina ❤️❤️

A post shared by Nuha Bahrin (@nuha_bahrin) on

Wow bukan calang-calang, gadis ini raih perhatian Christina Aguilera tau! Perkongsiannya itu meraih lebih 10,000 likes dari pengikutnya di Instagram. Rata-ratanya meninggaIkan reaksi turut tumpang berbangga di ruangan komen seperti berikut:

“Bukan kaleng2”

“Woooo. You’re too amazing to go unnoticed”

“So proud of you girl. You’re so fre@king talented”

Menerusi carian kami, berikut adalah video Nuha Bahrin menyanyikan lagu berjudul Shallow yang dimuatnaik di YouTube. Memang boleh layan juga.

Sumber: nuha_bahrin / Beegood Music via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*