Gadis Ini Kongsikan Mengenai Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Di Gombak

Persediaan untuk tahun baru eloklah mengemas apa yang patut di rumah. Barang-barang yang sudah tidak ‘disentuh’ sejak setahun yang lalu bolehlah dibuang atau dikitar semula mana yang sesuai. Jika anda berada di sekitar Lembah Kelang mungkin boleh menghantarnya di Pusat Kitar Semula di Gombak ini.

Dikongsikan menerusi Twitter oleh pemilik akaun @aathrh, menariknya pusat kitar semula ini menggunakan sistem pandu lalu. Perkongsian individu ini telah meraih 2,800 retweet dan 2,100 likes.

Seperti yang kita semua tahu, kitar semula dapat membantu memelihara alam sekitar. Dengan menghantar barangan ini ke pusat-pusat tersedia boleh juga menerima serba sedikit bayaran. Biarpun tidaklah banyak mana bayarannya, namun niat untuk menyumbang memelihara bumi pasti berikan kepuasan.

Perkongsian mengenai pusat kitar semula pandu lalu ini juga turut menarik perhatian admin Twitter Asal Gombak untuk memaklumkan lokasi sebenar pusat kitar semula tersebut.

Menurutnya, pusat kitar semula itu bernama Gateweld terletak di Jalan Gombak, bersebelahan Klinik 1Malaysia Sungai Mulia Batu 5 dan juga berdekatan dengan Maybank Jalan Gombak.

Rata-rata netizen turut berminat untuk menghantar barangan yang sudah tidak digunakan dan boleh dikitarkan semula di sini.

“Wow, ini sudah bagus, memang nak cari recyling area pun for books and papers”

“Wahh! Tak sabar nak lego novels….”

Sumber: aathrh / Asal Gombak via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*