“Cakap Motosikal R0sak, Tapi…” – Hati-hati Kalau Terjumpa Pasangan Ini Di Jalan

Seorang netizen telah berkongsikan pengalaman menerusi laman sosial Facebook menceritakan pengalamannya berdepan pasangan warga emas yang tampak memerlukan bantuan sebelum mengetahui cerita sebenar.

Menurut perkongsian tersebut, dia mengatakan yang dia terserempak dengan pasangan warga emas terbabit berdiri di tepi jalan dengan si isteri sedang memegang tongkat sementara kaki kanannya dibalut.

BERHENTIKAN KENDERAAN SEBAB KESIAN

Kesian dengan keadaan mereka, netizen itu kemudiannya memberhentikan kenderaan untuk menawarkan pertolongan.

Warga emas itu kemudiannya memaklumkan bahawa mereka tidak berasal dari situ malah telah menunggang motosikal bersama isterinya dari Pulau Pinang sebelum motosikalnya telah dilangggar kereta lain.

Prihatin, netizen tersebut kemudiannya menawarkan pertolongan untuk tolong hantar pasangan terbabit bersama-sama motosikal mereka.

Bagaimanapun, warga emas terbabit men0lak pelawaan itu sebaliknya memberitahu dia memerlukan RM150 untuk menghubungi bantuan lori penunda.

“Saya memberitahu bahawa saya tiada duit sebanyak itu kemudiannya dia meminta RM20.

“Saya mula berasa was-was apabila saya berulang kali menawarkan untuk menghantar mereka dan motosikal tersebut ke destinasi dituju tetapi dia tetap bertegas meminta RM150 untuk khidmat lori tunda,”katanya.

Selepas itu, dia dimaklumkan oleh orang lain yang lalu lalang disitu bahawa pasangan warga emas terbabit sering berlegar dikawasan sekitar dan menceritakan kisah sama bagi mendapatkan wang.

Posting Yang Menjadi TuIar Di Laman Facebook:

Menurut laporan World of Buzz, pasangan warga emas terbabit turut kelihatan di Hospital Serdang dan Sungai Besi dan menggunakan modus operandi sama.

p/s: Berhati-hatilah dan jangan mudah terpedaya dengan mana-mana orang yang kelihatan dalam ‘kesus@han’. Tidak dinaf1kan memang ada yang betul-betul sus@h tapi tak kurang juga yang berniat untuk mempergunakan emosi kita demi kepentingan mereka.

SUMBER: World Of Buzz via video viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*