Tular Resipi ‘Nasi KFC’, Netizen Cuba Dan Ramai Yang Akui Sedap!

Dalam mana-mana budaya sekalipun, resipi yang menggabungkan nasi dengan ayam goreng tidak pernah gagal dalam menaikkan selera makan.

Baru-baru ini pula netizen telah digemparkan dengan rahsia rakyat Jepun yang menggunakan konsep itu dalam satu hidangan moden yang mudah dan cepat

Resipi nasi KFC.

Resipi itu dicipta untuk menggantikan nasi KFC yang cepat habis apabila tiba musim Krismas. Rahsianya adalah mereka menggunakan ayam original recipe untuk menghasilkan hidangan yang sungguh enak.

Bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya juga sungguh mudah. Sediakan beras untuk dimasak di dalam periuk nasi elektrik seperti biasa, kemudian masukkan beberapa ketul ayam KFC mengikut saiz hidangan.

Seterusnya masukkan stok ayam dan kicap soya ke dalam rendaman beras dan masak semua bahan-bahan itu sekali.

Setelah selesai, buka periuk nasi dan carik-carikkan ayam KFC yang sudah lembut, sebelum gaulkan dengan nasi. Dengan rempah-rempah istimewa dari ayam KFC yang telah meresap ke dalam nasi, hasilnya memang enak.

Buktinya, resipi yang dikongsikan itu menjadi tular kerana ramai yang mencubanya dan mengakui keenakkan hidangan yang dipanggil ‘Devil Cooked Rice’ itu.

“Nak buat lagi, sangat berbaloi!”

“Masakan paling mudah pernah saya buat…”

“Sangat luar biasa…”

“Hasil sama seperti yang dihebohkan…”

Sumber: Twitter via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*