“Yeayyy kami berdua..bagaikan mimpi untuk saya…”- Naqiu

Jika anda peminat kedua penyanyi legend ini, pastinya sudah acap kali melihat hubungan rapat antara Naqiu Boboy bersama Sham Visa.

Bagaimanapun, sudah menjadi ramalan ramai mereka berdua pasti akan bergelar finalis yang bertanding di akhir rancangan Geg@r Vaganza pada kali ini.

Ramalan peminat mereka menjadi kenyataan apabila dapat melihat Naqiu Boboy bersama Sham Visa melakukan persembahan terakhir mereka dipentas semalam.

Keputusan Geg@r Vaganza musim keenam ini menobatkan Naqiu Boboy sebagai juara dan Sham Visa yang mana sering digelar Ironman Malaysia sejak kemunculannya kembali pula semalam telah merangkuI tempat keenam.

Namun begitu, menerusi laman Instagram Naqiu dilihat seronok kerana mereka dari awal sehingga akhir dapat meneruskan perjuangan mereka di Geg@r Vaganza (GV6) bersama-sama.

“Yeayyy kami berdua masih bersama dari awal hingga ke akhirnya. Bagaikan mimpi untuk saya akhirnya berjaya memegang trofi ini…” tulisnya.

Ternyata juga, perkara berkenaan ibarat mimpi buat Naiqu sendiri kerana akhirnya berjaya memegang trofi juara. Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa syukur.

“Terima kasih buat pengurusan kami berdua @mindorder & sokongan tanpa henti semua pihak. Alhamdulillah…”

Perkongsian beberapa keping foto dia bersama Sham Visa bagaimanapun turut meraih perhatian peminat dan pengikut sehingga lebih 15 ribu tanda suka diberikan.

Reaksi ramai

Sumber: Naqiu Boboy via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*