Habis Geg@r Vaganza, Mimi Fly TinggaIkan One Nation Emcees.

Setelah bertahun-tahun bersama, salah seorang angg0ta kumpulan One Nation Emcees (ONE) iaitu Sabhi Saddi memaklumkan bahawa Mimi Fly sudah tidak bersama mereka lagi.

Menerusi lap0ran Harian Metro, keputusan tersebut dibuat sendiri oleh Mimi sebaik sahaja dua minggu selepas mereka tamat sebuah program realiti hiburan tahun lalu.

Ingin meneruskan karier s0lo

Menurut Sabhi, rakannya itu akan meneruskan karier solonya. Tambahnya, pihak pengurusan juga sudah mempunyai perancangan yang lebih baik buat Mimi. Sebagai One Nation Emcees, mereka sangat menghormati keputusan tersebut.

Mimi sudah tak bersama kami. Daripada apa yang saya tahu, dia ingin meneruskan karier s0lonya dan pihak pengurusannya juga sudah ada perancangan untuknya. Kami tak halang mahupun menyingkirkannya. Kami hormat dengan keputusan Mimi dan kami sentiasa mendoakan agar kerjaya seninya berlangsung dengan baik selepas ini.

Mungkin sedikit sukar

Sabhi turut memberitahu bahawa dia dan dua lagi angg0ta One Nation iaitu Jojoe dan Kozae Murtaza akan terus berusaha untuk kembali menempatkan nama di dalam industri muzik walaupun agak sukar tanpa Mimi.

Mungkin sedikit sukar untuk kami bertiga bergerak tanpa Mimi kerana peminat dan penyokong kami semuanya sudah biasa dengan kewujudan empat anggota dalam ONE. Lagipun, saya tak mahu usaha kami selama ini untuk membuat kemunculan semula dan menempatkan nama kami dalam industri muzik seperti sia-sia. Tak semua orang dapat peluang untuk ber4ksi di pentas GV dan rasanya ia adalah satu platf0rm terbaik.

Insya-Allah, pada 16 Februari ini kami akan membuat persembahan di Singapura dan kami akan tampilkan penyanyi wanita sebagai penampilan khas. Siapa penyanyi itu, biarlah rahsia. Itu akan menjadi persembahan pertama kami tanpa Mimi dan kalau boleh, setiap kali membuat persembahan kami akan tampilkan penyanyi wanita. Ini kerana kami nak kekalkan identiti ONE yang ada seorang angg0ta wanita.

Beberapa penyanyi wanita juga dipercayai bakal membuat penampilan khas bersama One Nation selepas ini, Ini kerana, mereka ingin kekalkan identiti kumpulan tersebut yang mempunyai seorang wanita. Sementara itu, Mimi tidak mengulas lebih lanjut mengenai lsu keluar daripada kumpulan tersebut dan yang pasti dia akan memberitahu sekiranya ada sebarang perkembangan terkini selepas ini.

Sumber: Harian Metro

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*