Berambut Pendek Lepas Lahir Anak Kedua, MARIAN RIVERA Kuasai 3 Bahasa & Miliki Kekayaan USD6 Juta!

Siapa yang tidak tertawan dengan rupa paras cantik yang dimiliki aktres popular Filipina, Marian Rivera Gracia Dantes. Raut wajah sempurna dan susuuk tub0h langsing Marian mampu membuatkan peminat memandangnya berkali-kali. Tidak hairanlah wanita berusia 35 tahun ini pernah dinobatkan sebagai selebriti wanita paling s3ksi di Filipina lebih daripada tiga kali.

Nama Marian mula bersinar di negara kelahirannya selepas kejayaan drama Marimar diikuti DyesebeI, Amaya dan Temptation of Wife. Selain berbakat dalam lakonan, selebriti berd4rah keturunan Sepanyol ini juga rupa-rupanya memiliki bakat menyanyi. Sebelum ini Marian sudah menghasilkan dua album iaitu Marian Rivera Dance Hits dan Retro Crazy.

Lahir pada 12 Ogos 1984 di Madrid, Sepanyol… anak kepada Francisc0 Javier Gracia Al0nso dan Amalia Revera ini mempunyai pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Psik0l0gi dari De La Salle University Dasmarinas. Bapanya, Francisco ialah warganegara Sepanyol manakala ibunya pula Amalia ialah rakyat Filipina.

Diseb@bkan perkahwinan campur tersebut, Marian mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog. Beberapa tahun mencipta nama dalam industri seni Filipina, jelitawan ini akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan aktor kacak Filipina, Dingdong Dantes pada 30 Disember 2014. Berdasarkan populariti mereka berdua dan kejayaan masing-masing, perkahwinan mereka turut mendapat julukan The Royal Wedding di Filipina pada tahun berkenaan.

Hampir setahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan r0mantis ini dikurniakan anak perempuan comel iaitu Maria Letizia pada 23 November 2015. Empat tahun kemudian, rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki yang dinamakan Jose Sixt0 G. Dantes IV pada tanggal 16 April 2019.

Meskipun sudah bergel4r ibu dua anak, Marian masih kekal menawan dan ramping. Anak perempuan sulungnya, Maria Letizia kini berusia lima tahun sementara anak kedua iaitu Jose Sixto G. Dantes IV dilahirkan pada 16 April 2019.

Sejak kelahiran Sixt0, Marian dilihat selesa dengan penampilan lebih segar dan memilih pot0ngan rambut pendek. Ternyata, ramai yang memuji imej baru tersebut. Pendek kata, apa sahaja fesyen yang digayakan selebriti kesayangan Filipina ini pasti disambut baik peminat setianya.

Berbekalkan bakat, wajah yang cantik dan personaliti menarik dimiliki Marian, aktres yang memiliki ketinggian 158 cm ini turut menjadi buruan syarikat pengiklanan yang mahu melantiknya sebagai duta atau penghias kempen pelbagai jenama mewah. Difahamkan sehingga tahun lepas, nilai kekayaan Marian dianggarkan mencecah USD 6 juuta!

Selain aktif dengan aktiviti seni, Marian juga sebenarnya peng@sas perniagaan bunga-bungaan segar Flora Vida by Marian. Ujarnya, bukan mudah untuk membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga namun kerana tanggungjawab terhadap peminat dan anak anak serta suami dia tetap akan memastikan semuanya berjalan lancar.

“Pada mulanya memang agak suk@r menguruskan keluarga dan kerjaya dalam satu-satu masa. Tapi apabila anda sudah dapat membezakan masa satu yang menjadi keutamaan,
ia akan menjadi mudah.

Di samping menjaga keluarga, dalam masa sama saya juga akan memantau perniagaan yang diusahakan kerana kedua-duanya adalah penting bagi saya.
Walau ada ketikanya susah, tapi saya mampu uruskan keluarga dan perniagaan dengan baik.”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*