Enam bulan tinggal di tepi jalan, hasrat remaja Cina bertemu Ebit Lew tercapai

Ustaz Ebit Lew merupakan nama yang tidak perlu lagi diperkenalkan. Apa sahaja tind4kannya menjadi inspirasi buat ramai orang berikutan cara dkwah yang menyenangkan.

Sebentar tadi, menerusi perkongsian beliau di Facebook, Ebit Lew telah memuat naik beberapa gambar seorang semaja berbangsa Cina yang ditemuinya di tepi jalan.

Enam bulan duduk tepi jalan

Kisah disebalik pertemuan tersebut begitu mengharukan kerana menurut Ustaz Ebit, remaja itu sudah enam bulan duduk di tepi jalan berbekalkan beg kecil dan baju yang dibungkus dengan surat khabar.

Menerusi pendkwah tersebut lagi, remaja itu, Lee Weng Keong, 14 ingin bertemunya lebih kurang 2 bulan lepas, namun baru sekarang Ebit Lew berkesempatan berjumpa dengannya

Tambahnya, disebabkan sudah mengetahui perkara tersebut, beliau telah berhubung dengan salah seorang angg0ta p0lis dari Ibu Pejabat Dearah Subang supaya memantau dan memberikan remaja  itu makan.

Ingin minta bantuan, ingin jadi seperti ustaz.

Remaja tersebut juga memaklumkan bahawa dia sering melihat Ustaz Ebit Lew membantu orang susah, disebabkan itu dia ingin meminta bantuan kerana lapar serta mahu menjadi seperti pendakwah itu yang kerap menghulurkan bantuan.

Akan bantu sambung belajar.

Prihatin dengan nasib Lee Weng Keong, Ustaz Ebit Lew bercadang ingin membantunya untuk kembali menyambung pelajaran dan mencarikan rumah sewa untuknya tinggal kerana remaja itu sebelum ini hanya bergelandangan di tepi jalan sahaja.

Dalam pada itu, diakhir penulisan tersebut, beliau memohon maaf kerana lambat bertemu dengan Lee Weng Keong dan akan berusaha membantu remaja itu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih selesa.

Semoga lepas ni hidup adik lebih bermakna

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, muat naik pendakwah muda itu telah mendapat perhatian warganet. Rata-rata mereka telah meninggalkan komen positif diatas tindakan murni yang dilakukan.

Mereka juga mendoakan agar remaja itu dapat merubah kehidupannya dan berharap rezeki Ustaz Ebit Lew terus dipermudahkan  agar dapat membantu menghulurkan bantuan kepada insan-insan yang kurang bernasib baik

Via OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*