Insan terpilih! Rakyat Malaysia tak sangka dapat tunai haji masa C0vid-19

Seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi, Fawziya Mohamed tidak menyangka terpilih bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini selepas bilangan jemaah dihadkan berikutan penuIaran w@bak C0vid-19.

Menurut lap0ran Alhijrah Online, wanita berusia 38 tahun itu sukar mempercayai rezeki ‘tiket emas’ yang diterima selepas dihubungi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Ini adalah kali pertama saya akan menunaikan haji. Alhamdillah, saya sangat bersyukur kerana idak menyangka saya mendapat peluang sekali seumur hidup ini,” katanya menerusi lap0ran Hajj Media.

Selain itu, beliau menganggap peluang menjadi tetamu Allah SWT itu merupakan hadiah ulang tahun kelahirannya yang jat0h pada 28 Julai ini.

Memetik lap0ran The Malaysian Insight pula, Fawziya sekurang-kurangnya menjadi antara lapan rakyat Malaysia yang terpilih terdiri daripada pelajar serta pekerja di negara berkenaan.

Terdahulu, jumlah jemaah haji pada tahun ini dikurangkan kepada 1,000 jemaah sahaja oleh kerajaan Arab Saudi yang akan bermula pada 29 Julai ini berbanding jutaan jemaah sebelum ini.

Walau bagaimanapun, media tempatan melap0rkan hampir 10,000 individu yang menetap di negara itu akan menyertai ibadah tersebut pada tahun ini.

Tonton lap0ran berita Alhijrah

Sumber : Alhijrah Online , Hajj Media , The Malaysian InsightBerita Alhijrah

Via OMM.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*