Kucing Pandai Salam Orang CURl Perhatian, “Okey Ni Comey Sangat”

Memelihara kucing mampu mengisi rasa kesunyian dan kehidupan seseorang itu. Gelagat haiwan yang satu ini sukar diramal, malah kadang-kadang terlebih manja membuat ia disayangi ramai. Manakan tidak dengan bulu halusnya yang gebu dan lembut, kucing sentiasa menjadi pilihan ramai untuk dipelihara.

Lihat sahaja pelbagai gelagat kucing yang ada di media sosial, kebanyakannya cukup menghiburkan! Termasuklah satu video kucing yang menjadi perhatian ramai baru-baru ini. Video tersebut memaparkan kucing pandai salam orang telah berjaya mencuri perhatian warganet.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dengan nama akaun shyrashrdn, kucing itu selamba bersalaman dengan atuk menggunakan kaki depannya. Berikut adalah video haiwan kesayangan ramai yang telah dikongsikan olehnya itu:

Amboi pandainya kucing ini! Apa-apa pun video tersebut telah meraih lebih 259 ribu tontonan dan 20,700 retweets serta 27,900 likes. Rata-rata warganet terhibur dan meninggalkan reaksi mereka mengenai video kucing pandai salam orang ini di ruangan komen seperti berikut:

“Kucing saya boleh high five dengan orang, pastu boleh menganj!ng macam anj!ng terjeIir Iidah”

Sumber HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*