Sering Digunapakai, Rupanya Ini Asal Usul Peribahasa “Jaga Tepi Kain Orang” Ramai Rakyat Malaysia Tak Tahu

Bahasa melambangkan bangsa. Kalau diperhatikan, setiap peribahasa, pepatah ataupun idiom mempunyai simbolik atau kaitan dengan budaya masing-masing.

Begitu juga dengan pepatah Melayu lama yang diolah berdasarkan pemerhatian orang terdahulu terhadap alam dan budaya sekeliling.

Baru-baru ini, seorang peminat, pengkaji dan penggiat seni warisan alam Melayu, Mohammad Faeez Harith berkongsi dari mana datangnya peribahasa “Menjaga tepi kain orang”.

Beliau mengaitkan peribahasa itu dengan sehelai kain dari alam Melayu yang mempunyai anatomi tersendiri iaitu badan kain, kepala kain, kaki kain dan gigi kain.

Katanya, gigi kain juga turut dikenali sebagai tepi kain, iaitu bahagian yang paling tersembunyi pada sesuatu kain.

Oleh itu, apabila seseorang suka mencari sesuatu yang tersembunyi seperti a!b individu lain, dia dikatakan seperti menjaga tepi kain orang..

 

Sumber: Mohammad Faeez Harith

Via sk
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia