Dah tulis nama penuh tapi diteg0r pensyarah, dianggap sengaja letak perkataan ‘Keria’… itulah uniknya nama si ayah – “Madam siap minta maaf menerusi voicenote”

BAGI individu yang mempunyai nama unik, pastinya mereka tidak terlepas daripada menjadi bahan usikan rakan-rakan.

Begitu juga dengan kisah pemuda ini yang sering menerima re@ksi ‘an3h’ daripada orang sekelil!ng setiap kali dia memberitahu namanya yang sebenar.

Namun apa yang melucukan, dek kerana nama unik tersebut dia turut menerima ‘us!kan’ daripada pensyarahnya.

Terdahulu pemuda ini berkongsi tangk@pan skrin perbualan Group WhatsApp salah satu subjek yang terdiri rakan-rakan sekelas dan juga pensyarahnya..

Menerusi perbualan tersebut, pensyarah yang dikenali sebagai Madam Lily ‘menegur’ pemuda berkenaan agar meletakkan nama penuh, gara-gara dia menulis namanya sebagai Khuzairi Keria.

“Nama betul dan penuh. Kang (Nanti) melekat keria tu dengan kamu kang,” demikian teguran pensyarah berkenaan yang menyangka pemuda berkenaan sengaja meletakkan sekali perkataan ‘keria’ sebagai nama panggilan.

Khuzairi (tiga, kanan) merupakan penuntut di UiTM Tapah, Perak.

Perkongsian berkenaan meraih sehingga 19,400 retweet selain dibanjiri ratusan komen netizen yang turut terhibur dengan ins!den lucu berkenaan.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, pemilik nama Muhammad Khuzairi Keria berkata, ketika itu mereka sedang memperkenalkan diri kerana kelas untuk semester baru baharu saja bermula.

“Pensyarah Madam Lily baru mengajar subjek Coding (pengekodan) untuk semester ini. Jadi ketika itu kami semua diminta berikan nama penuh. Bila saya tulis Khuzairi Keria, kemudian Madam Lily teg0r minta tulis nama sebenar.

“Saya kemudian beritahu itulah nama betul saya. Namun mungkin sebab nama bapa sama seperti nama sejenis kuih, Madam Lily sangka saya letak nama panggilan sekali.

“Tapi selepas menyedari perkara sebenar, Madam Lily segera minta maaf. Siap hantar permohonan maaf menerusi voicenote pula. Katanya ‘saya tak tahu nama bapa awak macam tu’. Saya jawab tak mengapa, okay saja,” katanya pemuda berusia 20 tahun itu..

Khuzairi (kiri) tidak pernah mengambil hati dengan gur@uan atau us!kan yang mengaitkan nama unik bapanya.

Penuntut di Univeriti Teknologi Mara (UiTM) Tapah ini berkata, tujuan dia memmuat naik posting berkenaan di laman Twitter pada mulanya hanya sekadar mahu berkongsi momen lucu bersama pengikutnya sahaja.

“Tapi tak sangka pula sampai jadi viral. Madam Lily pun tahu pasal ini malah sewaktu kelas online menerusi Google Meet, dia siap seloroh cakap yang dia pun terkena temp!as popular sekali,” kata penuntu Diploma Sains Komputer ini.

Bercerita lebih lanjut, Muhammad Khuzairi mend3dahkan bahawa ini bukan kali pertama insiden sedemikian berIaku.

Saya langsung tak ambil hati pun. Malah saya sendiri tak pernah berasa segan kalau kena perkenalkan diri di hadapan rakan-rakan lain.
MUHAMMAD KHUZAIRI KERIA
PELAJAR

“Sebelum ini masa sekolah pun ada cikgu yang tersalah sangka. Cikgu itu ingat saya letak nama bapa tu saja-saja. Kemudian bila tunjuk kad pengenalan, barulah percaya.

“Kalau kena sakat dengan kawan-kawan tu, biasa saja. Ada yang kata nama ayah unik. Tapi saya langsung tak ambil hati pun. Malah saya sendiri tak pernah berasa segan kalau kena perkenalkan diri di hadapan rakan-rakan lain.

“Kalau tanya saya, saya okay saja. Tapi lsu nama ini kadang-kadang menjadi sensitif buat sesetengah individu. Jadi sebelum buat anggapan atau usikan, elok bertanya terlebih dahulu b!mbang menggur!s perasaan mereka,” katanya lagi.

Antara komen netizen yang turut terhibur dengan perkongsian Khuzairi.

Sementara itu ketika berkongsi cerita mengenai situ@si pembelajaran di tengah-tengah penuIaran pandemik C0vid-19, Muhammad Khuzairi turut mengakui situ@si yang dihad@pi ketika ini agak menc4bar.

“Kuliah-kuliah dijalankan menerusi dalam talian. Saya memilih untuk tinggal di kolej kerana lebih mudah untuk belajar bersama rakan-rakan. Namun pelajar-pelajar di sini diberi kebebasan sama ada nak duduk di kolej atau kediaman masing-masing sebab semuanya menerusi online.

“Cuma bagi yang tinggal di kolej ni, pilihan makanan tak banyak kerana kafe tak banyak dibuka. Kalau nak keluar ke bandar, leceh juga sebab kena lengkapkan banyak borang dek kerana situasi pandemik sekarang. Jadi kami biasanya akan menyimpan st0k makanan sampingan lain,” katanya lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia

Sumber mstar