[VIDEO] Pokok Nangka Berbuah Dalam Rumah CURl Tumpuan Ramai!

Kewujudan tumbuhan dalam kediaman sebagai hiasan adalah perkara biasa yang dapat dilihat kini. Malah pada awal tahun ini, menjadi satu trend untuk memelihara pelbagai tumbuhan di dalam rumah. Bukan sahaja dapat memberikan pandangan lebih tenang malah rumah tampak lebih berseri dengan kehadiran pelbagai tumbuhan di dalam ruang kediaman..

Namun begitu lain pula halnya dengan rumah milik seorang lelaki dari negara seberang ini. Kediamannya bukan dihiasi dengan pokok hiasan, tapi pokok buah-buahan seperti nangka dan mangga. Wow, bukan calang-calang tumbuhan dalam rumah lelaki ini!

Menerusi perkongsian beberapa video Tiktok dari pemilik akaun Ardiners1 ini kelihatan pokok nangka berbuah dalam rumah. Pokok nangka tersebut besar dan sudah berbuah berada di tengah rumah. Berikut adalah perkongsian dari lelaki ini:

Video nangka berbuah dalam rumah ini telah meraih hampir 2 juta tontonan. Selain dari rakaman ini, ada beberapa video lain yang dikongsikan oleh lelaki ini:

Betul-betul luar biasa rumah lelaki ini! Menerusi lap0ran Tribun News, Ardiansyah berkata sebelum rumah tersebut dibina pohon nangka dan mangga itu memang sedia ada. Malah disebabkan pokok-pokok itu sedang berbuah dengan lebat sekali, jadi pemilik rumah itu sayang untuk menebangnya.

Maka terhasillah pokok nangka dan mangga di tengah rumah tersebut. Selain dari itu pemilik rumah ini juga adalah seorang pencinta tanaman menjadikan ia sebagai alasan untuk membiarkan pokok sebesar itu terus tumbuh di dalam rumah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia

Sumber HCL