‘Patik & Orang Muar Terhutang Budi’ – Respon Tenang Syed Saddiq Selepas TMJ Sumbang Bantuan RM300 Ribu

Sebelum ini, status Insta Story yang dimuat naik oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi bualan hangat netizen yang ratanya ingin tahu siapa yang dimaksudkan baginda. Ada yang mendakwa status tersebut ditujukan kepada Syed Saddiq memandangkan Ahli ParIimen itu bernazar ingin membotakkan kepalanya jika berjaya mendapat sumbangan sebanyak RM200 ribu.

Terbaru, Syed Saddiq mengucapkan terima kasih kepada TMJ kerana sikap prihatin baginda yang menderma sebanyak RM300 ribu buat anak-anak muda di Muar.

Semoga Allah merahmati Tunku dan keluarga.

Patik menjunjung kasih kepada Tunku . Patik percaya kita perlu sentiasa membuat baik dan berIumba-Iumba untuk membuat perkara yang baik. Patik juga ingin mengambil kesempatan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tunku yang telah memudahkan urusan pembinaan hab anak muda Muar.

Dalam kapasiti kecil sewaktu menjadi Mnteri Belia Sukan, projek anak muda sejumlah RM25 juta telah diluluskan selepas patik berjumpa dengan Perdana Mnteri, Mnteri Besar Johor dan dibentangkan dalam  kabinet.

Syed Saddiq turut berterima kasih kepada TMJ kerana meluluskan Projek Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) untuk golongan anak muda Muar. TMIYC merupakan platform bagi komuniti belia menjalankan aktiviti rekreasi dan beriadah secara santai itu berkeluasan 6.07 hektar dengan menempatkan 11 kemudahan antaranya ‘Canopy Walk’, ‘Youth Centre’, ‘Mountain Bike Trails’, ‘Parkour Park’, ‘Kiddo Ground’ serta ‘Skatepro’. Dalam pada itu, Syed Saddiq turut memohon maaf jika perbuatan atau perkataannya menying0ng perasaan TMJ dan keluarga.

Sangat matang dan berilmu

Sumber : Syed Saddiq

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia