Syed Saddiq buat live b0tak kepaIa, ini reaksi sempoi ibu

Ahli ParIimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menunaikan janjinya untuk mencuk0r rambutnya menjadi b0tak jika sasarannya untuk mengumpulkan sejumlah wang berjumlah RM200,000 tercapai.

Ahli parIimen berusia 28 tahun itu malah melebihi sasarannya dengan mengumpulkan RM383,000 setakat jam 7 malam hari ini.

Dana dari kempen 1 Keluarga 1 Laptop itu akan digunakan untuk menyediakan komputer riba bagi pelajar yang kurang bernasib baik di Muar.

Ibu Sendiri Cuk0r.

Ibu Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz diberi penghormatan untuk mencuk0r rambut anaknya yang disiarkan secara langsung di Astro Awani.

“Mama besarkan kamu dengan sapu minyak kelapa hampir setiap hari, sekarang nak b0tak. Tak apa, untuk rkyat. Bismillah, berjuanglah anakku, untuk rkyat,” katanya.

Pengasas parti Muda itu menjawab: “Jangan bersimpati, ini untuk tujuan yang baik.”

Saddiq turut berjenakan bahawa selepas ini, orang tidak akan memanggilnya Yang Berhormat, tetapi mungkin, Yang B0tak.

Mengulas mengenai kempen itu, Saddiq mengatakan esok dia akan menemui keluarga yang memerlukan untuk menghantar sekitar 60 komputer riba kepada mereka.

Menurut Saddiq, ia bukan komputer riba berkualiti rendah.

“Kami memberikan komputer riba berkualiti tinggi dengan pemproses i3 atau i5, jauh lebih baik daripada komputer saya sendiri.

“Oleh itu, para pelajar dapat menggunakannya untuk waktu yang lama. Mereka kemudian boleh memberikan komputer riba kepada adik-beradik atau ibu bapa mereka yang menjalankan perniagaan kecil.

“Memberi komputer riba adalah kaedah terbaik untuk menutup jurang digital,” katanya.

Dia turut berharap Perdana Mnteri Muhyiddin Yassin akan geran yang setara untuk rkyat Muar.

“Saya harap selepas ini mentor saya Tan Sri Muhyiddin bersimpati dan menambah geran yang setara dengan RM400,000 untuk orang Muar,” katanya.

Pada 26 Disember, Syed Saddiq mengumumkan kempen untuk mengumpulkan RM200,000 dalam masa lima hari. Dia berjaya mengumpulkan RM61,000 dalam masa kurang daripada 24 jam.

“Ini menunjukkan rkyat Malaysia, ketika mereka ingin membantu, mereka hanya melakukannya, walaupun mereka bukan dari Muar.

“Ini menunjukkan bahawa rkyat Malaysia dapat melakukan sesuatu yang luar biasa.

“Ini kejayaan mereka, bukan milik saya. Saya hanya kenderaan untuk inspirasi mereka,” katanya

Baru Je TMJ Kata Tak Payah Nak Berlakon Dan Pergunakan Orang Muar. Sekali Ini Respon Syed Saddiq

Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq mencvri perhatian ramai apabila melancarkan kempen #1keluarga1laptop baru-baru ini.

Difahamkan kempen tersebut adalah untuk mengutip dana bagi membeli sebuah komputer riba buat 100 orang pelajar dalam kawasan parIimen beliau.

” Sabtu lepas, saya telah mulakan #BotakChallenge untuk raih dana kepada pelajar Muar dari keluarga susah. Sasaran saya: RM200,000 untuk biaya 100 laptop.

” Progres setakat ini: Kita berjaya raih RM61,410.00 dalam tempoh 24 jam yang pertama!

” Kalau kita capai sasaran, saya akan b0tak!” tulis Syed Saddiq yang berkata mereka sudah berjaya raih RM144,760.00 setakat ini.

Reaksi TMJ

Sementara itu di laman Twitter ketika ini hangat memperkatakan mengenai status laman Insta Story yang dimuatnaik oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi status itu, TMJ berharap individu yang dimaksudkannya itu tidak lagi menggunakan penduduk Muar untuk kepentingan peribadi selain menghentikan pen!puan termasuklah membatalkan niat untuk b0takkan kepala.

Ramai percaya status tersebut ditujukan kepada Syed Saddiq.

” Tak payah nak cvri duit rkyat dan masih ada k3s dengan SPRM, tak payah nak men1pu, tak payah nak berlakon dan tak payah nak bot4kkan kepala.

” Cukup-cukuplah menggunakan orang Muo (Muar) demi kepentingan peribadi. Lagi-lagi apabila awak tu orang Arab Singapura bukan orang Johor.” tulis TMJ.

Reaksi Syed Saddiq

Sementara itu, menerusi perkongsian terbaru, Syed Saddiq dilihat memuatnaik satu video terbaru di Instagram beliau, kira-kira 3 jam selepas status yang ditulis TMJ di IG Story.

” Assalamualaikum wbt..kehadapan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, Tengku Mahkota Johor, patik menjunjung kasih kepada Tunku kerana sudi menyumbangkan RM300 ribu kepada anak-anak Muar.

” Patik dan orang Muar terhutang budi pada jasa baik Tunku. Patik percaya bahawa kita sentiasa perlu berlumba-lumba untuk membuat perkara baik.

” Patik juga ingin mengambil kesempatan untuk menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tunku yang telah memudahkan urusan pembinaan hub anak muda Muar.

” Alhamdulillah dalam kapasiti kecil patik sewaktu menjadi Mnteri Belia dan Sukan, projek hub anak muda berjumlah RM25 juta telah diluluskan setelah patik berjumpa perdana mnteri, MB Johor yang dibentangkan dalam kabinet.

” Namun hanya dengan perkenan dan campur tangan tunku dalam lsu tanah yang menyekat projek ini, akhirnya projek Tengku Mahkota Ismail New Centre akan dilaksanakan. Terima kasih Tunku.

” Sebagai manusia biasa, patik tidak terlepas dari membuat kesilapan, patik mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun sekiranya ada tersingg0ng perasaan Tunku dan keluarga.

” Sebagai anak jati kelahiran Johor yang membesar di Johor dan telah bersekolah di Johor, patik dan seluruh keluarga amat terhutang budi kepada Duli Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Johor, Tunku dan seluruh keluarga selaku pemerintah negeri Johor Darul Takzim.

” Semoga Allah swt sentiasa merahm@ti dan melindungi Tunku serta keluarga,” akhiri Syed Saddiq yang mendapat pujian ramai atas jawapan matang beliau.

Sumber:IG TMJ dan SyedSaddiq

Via trendigsangat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia