Demi isteri, Hafiz Mahamad pernah jadi abang Limo, Honda, Kapal- “Respect sangat…”

Demi isteri, Hafiz Mahamad pernah jadi abang
Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad sering kali menjadi perhatian sejak kebelakangan ini apabila sikapnya yang suka membantu orang ramai disenangi warganet di media sosial sekali gus kejayaannya juga semakin menjadi inspirasi buat para peniaga diluar sana.

Biarpun begitu, selain perkara itu Hafiz Mahamad juga sejak dahulu lagi sering viral kerana sikap sweet yang dilakukannya kepada isteri, Syafiqah Aina. Rasanya ramai masih mengingati pemuda yang menyewa sebuah limosin putih untuk membuat kejutan buat kekasihnya.

Tetapi bukan itu sahaja, selepas berkahwin Hafiz Mahamad tidak meninggalkan sikapnya yang suka memberikan kejutan buat isteri sehingga dia pernah menggunakan kapal mewah dan sebagainya.

Boleh dikatakan memang sweet habis pasangan ini, tetapi apa yang membuatkan Hafiz Mahamad menjadi bualan di ruangan Instagram pula, dia memuat naik satu rakaman video sepanjang kejutan itu berlaku yang mana Syafiqah Aina melihat usahanya untuk membahagiakan dirinya.

Kita lelaki berebut 1 wanita dengan berjuta lelaki yang lebih kacak, berharta & lebih mampu buat dia bahagia.

“Paling terasa, kita amik wanita itu dari ayah dia untuk kita jaga. Bila dah ada ditangan kita, kita buatlah dia senyum selamanya.”

Menerusi perkongsian usahawan dan personaliti media sosial itu membuatkan kebanyakan pengikut dan peminat dia dan isteri meninggalkan bermacam-macam reaksi positif selepas menjadi antara yang melihat perkembangan mereka yang sentiasa cuba bahagiakan sesama sendiri dengan cara mereka.

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*