Malaysia Tidak Akan Laksana Sekatan Pergerakan Sepenuhnya Walaupun Dalam Senario Terbur0k – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 29 Jan — Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberi jaminan Malaysia tidak akan melaksanakan sekatan pergerakan sepenuhnya ke atas ekon0mi walaupun sekiranya berlaku senario terbur0k.

Sebaliknya, beliau berkata ker@jaan akan terus menumpu menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat sekiranya jumlah k3s C0VID-19 di negara ini terus meningkat.

”Berdasarkan kepada model semasa, kami percaya bilangan k3s akan menurun.

“Seandainya senario terbur0k (berlaku), kami tidak akan melaksanakan sekatan pergerakan sepenuhnya ke atas ekonomi, kami akan terus menumpukan kepada SOP yang lebih ketat,” katanya dalam satu program temu bual bersama CNBC hari ini.

Tengku Zafrul berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada ker@jaan akan menutup sektor tertentu atau sektor manakah yang diberi keutamaan untuk ditutup sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) terp4ksa dilanjutkan, atau pembekalan vaksin C0VID-19 tidak berjalan lancar seperti yang dijangkakan.

Beliau berkata sekiranya jumlah k3s terus meningkat, lsu-lsu utama seperti kepatuhan dan penguatkuasaan SOP perlu ditangani.

Malaysia merekodkan 4,094 k3s baharu C0VID-19 pada Khamis menjadikan jumlah jangk!tan di negara ini sebanyak 198,208 k3s setakat ini

Sementara itu Tengku Zafrul menolak pandangan bahawa kenaikan ringgit berbanding dolar AS ketika ini akan memberi impak kepada prestasi eksport.

“Ya, sememangnya ringgit mengukuh berbanding dolar AS dan mata wang lain, tetapi perdagangan global diunjur berkembang kira-kira lapan peratus pada 2021 berbanding 2020, dan Malaysia berpeluang untuk meraih manfaat daripadanya.

“Dan saya percaya prestasi ringgit itu tidak akan memberi impak negatif kepada eksport,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*