Jika Anda Seorang Yg Banyak TertinggaI Solat, Dr. Zulkifli Nasihat Cepat Lakukan Perkara Ini

Soalan Adakah kita perlu mengqada’ solat (wajib atau sun@t) yang tertinggal dengan sengaja, maIas dan cu@i?

Bagaimana dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh? Apakah kita hanya dituntut supaya bertaubat dan tidak perlu mengqada’nya?

Jawapan Firman Allah SWT

إِنَّ ٱلصَّلَو‌ٰةَ كَانَتْ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ كِتَـٰبًا مَّوْقُوتًا

Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (Surah al-Nisa: 103)

Ayat ini menunjukkan bahawa solat fardhu menjadi kewajipan orang Islam dan mempunyai waktunya yang telah ditetapkan.

Sebelum saya menjawab permasalahan ini, suka dinyatakan berkenaan dengan huk0m meninggalkan solat. Pengarang al-Fiqh al-Manhaji menyebut:

Orang yang meninggalkan kerana mengingkari huk0m wajibnya atau sengaja mempersend@kannya akan menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam.

Pihak pemerintah wajib menyuruhnya bertaubat dan tidak boleh membiarkannya demikian sehingga dia bertaubat dan kembali mendirikan solat.

Jika dia terus mengingkarinya, dia akan dihuk0m bun0h sebagai seorang murtad dan m4yatnya tidak boleh dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Juga tidak harus dikebvmikan di tanah perkub0ran orang Islam kerana dia bukan lagi di kalangan mereka.

Sementara orang yang meninggaIkan solat kerana maIas tetapi masih meyakini huk0m wajibnya, pihak pemerintah hendaklah memaksanya mengqada’kan solat dan bertaubat daripada kesalahan meninggalkannya.

Jika masih lngkar untuk mengqada’nya, maka dia wajib dihuk0m bun0h mengikut huk0man yang disyariatkan atas orang Islam yang melakukan m4ksiat.

HaI ini kerana huk0man ke atas orang yang meninggalkan perkara fardhu adalah wajib diper4ngi tetapi selepas dibun0h dia masih dianggap seorang Islam. Oleh itu, jenaz4hnya, pengebvmian dan pembahagian hartanya hendaklah diuruskan menurut syariat Islam.

Berkenaan dengan soalan di atas, pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie hendaklah diqada’kan solat yang telah ditinggalkan walaupun bukan dengan sebab tertidur atau lupa.

Ini kerana hutang Allah SWT lebih utama dibayar. Berkenaan dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh, maka hendaklah diqada’ semampu yang mungkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai, di samping bertaubat kepada Allah SWT.

Mereka hendaklah menghitung solat yang ditinggalkan dengan ghalib zan atau yakin supaya dapat diqada’kan semua solat yang pernah ditinggalkan.

Walaupun begitu kita yakin dengan sifat keampunan Tuhan dan penerimaan taubatnya di samping beriman dengan firman Allah SWT:

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

(Surah al-Baqarah: 286)

Berkenaan dengan qada’ amalan sunat huk0mnya sunat, seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Adapun taubat juga perlu tetapi tidak memadai dengannya sahaja, mesti diqada’ juga berdasarkan arahan Rasulullah SAW.

Akhuk0m fillah,

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

CARA MENGQADA SOLAT

Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa muda-muda dulu

Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa.

Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat.

Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai waktu Allah, qadha waktu kita

Dari ‘Aisyah r.a katanya: Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat. (Muslim)

Cara Niat Qada Bagi Solat Fardhu Lima Waktu Pula Ialah

1. Solat Maghrib
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala

2. Solat Isyak
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala

3. Solat Subuh
Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala

4. Solat Zuhur
Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala

5. Solat Asar
Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala

Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?

Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya.

Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu ( tetapi sudah buat solat taubat ) bagaimana ?

Soal jika meninggal sebelum sempat meng’qada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar-benar insaf dan niat untuk qada’ kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni d0sa-d0sanya.

Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.

Wallahualam.Kongsikan,semoga bermanfaat.

Sumber Mufti Wilayah Persekutuan

Nak Hati Rasa Tenang, Selalulah Solat Taubat Sebelum Tidur & Sebelum Subuh. Ikuti Cara Wanita Ini.

Hati yang tenang itulah akan memberikan kehidupan lebih bahagia. Segala masalah semua dapat diatasi dengan sabar. Biarlah segala masalah datang men!mpa, tetap kita harungi dengan tenang.

Semua ini terpancar hasil daripada cahaya nur daripada amal ibadah. Ia termasuk solat taubat. Segala ibadah termasuk solat taubat adalah solat sunat yang digalakkan dilakukan sepertiga malam. Rahsianya, jika kerap dilakukan, hati kita akan tenang dan damai.

Sebagaimana perkongsian wanita ini, bahawa hati akan rasa lapang setelah ibadah solat taubat dilakukan selalu. Beliau juga berkongsi bacaan solat taubat. Moga kita semua muhasabah diri.

SOLAT TAUBAT.

Solat taubat Kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.Tanak lagi buat d0sa-d0sa lama. Haa.. tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima.

Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.

CARA SOLAT TAUBAT

Bersihkan diri. Amek wudhu.
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat..

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Ussoli sunnatan taubati rok ‘ataini liLLaHi Ta’ala

[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]

Baca do’a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.

Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x

(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)

Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x

Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s.

“La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”

Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.

Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan h!na sehin@ hin@nya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama..

Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.

Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..

AstaghfiruLLaHhal’adziim /

AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.

Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa Iemah…

Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do’a.. Bila berdo’a, kita kena bebetul menyesaI dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita.

BERDOALAH SEPENUH HATI

Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut ny4wa kita.. Kejap lagi kita m4ti.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?

Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pon takpa.

Dah selesai berdo’a, tutup do’a kita tu dengan;

Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar

Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.

Imam al-Ghazali ada cakap..

Tanda hati kita sudah mula hitam,

[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.

[2] hilang kemanisan beribadah

[3] hati tak makan nasihat

Kredit: Nuremyliya Abdullah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia

Sumber trendingsangat