Jangan RlSAU Anak Didend@, Kena Ajar Ingat PESAN Cikgu Dalam Kelas!

Cab@ran mendidik anak-anak memang tak mudah. Baik pada mak ayah mahupun cikgu di sekolah. Terdapat segelintir mak ayah yang terlalu bimb4ng anak-anak melakukan kesaIahan mahupun did3nda oleh cikgu di sekolah. Pesanan serta keperluan setiap subjek di sekolah seringkali ditanya di dalam grup whatsapp kelas. Ini secara tidak langsung membuatkan anak-anak berasa ‘selesa’ dan bergantung harap pada mak ayah. Hakikatnya, mak ayah kena ajar anak supaya ingan setiap pesan cikgu di sekolah..

Perkongsian daripada Puan Didie ini ada benarnya.

Rasanya dah hampir sebulan anak-anak kita yang Tahun 1 kembali ke alam persekolahan secara fizikaI. Diakui banyak sangat keren@h dari bab anak-anak, cikgu, acik kantin, hinggalah ke ibu bapa.

Teringat masa sis Tahun 1 dulu-dulu. Debaran tu mungkin kurang sikit sebab sis mula dari PraSekolah. Tapi bila bab homework, nak kena bawa apa hari esoknya, tak adalah pula ibu tengok whatsapp atau tanya cikgu-cikgu.

Yelah. Masa tu mana ada whatsapp ke telegram semua ni. Yang sis ingat, cikgu pesan dalam kelas, kita ingat-ingatlah pesan tu sampai masuk pintu kereta.

CONTOH : “MURID-MURID, ESOK KELAS PENDIDIKAN SENI BAWA 1 HELAI KERTAS LUKISAN DENGAN PENSEL WARNA YA.”

Maka, dari keluar kelas, sampai masuk pintu kereta, sampai ke pintu rumah, sampai ke pintu t@ndas, sampai ke meja makan, sis ulang-ulang lah pesan cikgu. Selagi tak nampak bayang tu depan mata, selagi tu lah, pesan cikgu jadi “zikir” di bibir sis.

Whatsapp Kelas Anak Berdenting-Denting

Tapi, beza sangat dengan ibu bapa zaman sekarang. Bila menjelang jam 8pm, whatsapp kelas ni berdenting-denting macam sis buat jualan online pula.

“Cikgu, esok BM ada 3 buku, kena bawa semua ke?”

“Cikgu, esok Pend Seni, kena bawa apa-apa tak?”
“Cikgu, PK ni subjek apa ya?”
“Cikgu, esok ada subjek PJ. Kena pakai baju sukan ke?”
“Cikgu, anak saya belum ada baju sukan, boleh pakai baju apa2 warna ke?”
Dan…pelbagai jenis soalan lagi, berderet-deretlah whatsapp tu hingga ke jam 10.30pm.

Sis tak pasti kenapa dan bagaimana situ@si ni boleh berlaku. Yang pasti, bagi sis, bila nampak je muka Ammar balik sekolah, dia dah terbiasa dengan arahan atau signal dari sis.

Sampai je rumah, baju, seluar dan st0kin – masuk bakul
Bekas bekal letak kat dapur – kalau ada sisa, buang dalam bakul samp@h
Terus mandi, lepas mandi, kemas beg transit

Sambil-sambil Ammar buat rutin-rutin di atas, mulutnya tu akan riuh melap0rkan pada sis, homework hari ni, kongsi bekal dengan kawan, tukar-tukar makanan, ada kawan tak bawa pensel, cikgu dah kutip buku sekian sekian, ammar main pasir sekian sekian.Secara automatik, sis tahu apa yang berlaku kat sekolah, dan terus keluarkan arahan berikutnya.

Ammar lepas dah siap kemas beg transit, makan dulu, kemudian solat dengan ayah, dan buat homework SAMPAI SIAP.

Dan dia pun teruskan buat homework dengan berbekalkan arahan yang Cikgu Berahim (Cikgu BM dia) pesan. Buat dalam buku tulis ms 4 & 5, kalau awak terlebih baris huruf pun tak apa, asalkan betul susunannya.

Setiap satu pesanan disebut balik. Sis cuma pantau tengok dia buat. Dan kemudian, siapp. Ok dah siap semua, gosok gigi, dan tidurrrrr. Kat rumah sis memang jam 9pm ke 9.30pm tu semua mesti dah siap-siap nak tidur.

Takut Anak Buat Salah

Sis rasa. Mungkin. Mungkinlah agaknya, ada sesetengah ibu bapa “overprotection” dengan anak masing-masing. Terlalu takut anak buat salah. Terlalu bimb@ng anak kena d3nda.

Bagi sis simple. Dalam hidup ni, kalau kita tak buat salah, maka kita tak akan belajar sesuatu. Kalau kita sentiasa betul, tanpa sebarang halangan/cab@ran, kita akan rasa selesa.

Bimbang nanti, terl4mpau selesa, hingga takut atau “maIas” nak mencuba sesuatu yang baharu. Samalah macam anak-anak kita.

Beri Ruang Cab@ran

Beri ruang untuk mereka menikmati cab@ran tahun pertama alam persekolahan. Awak ingat, awak alert, awak tak akan ada masalah. Tapi, kalau awak cu@i, leka, awak terimalah akibat/d3ndanya.

Sis lagi suka guna pendekatan dengan pesanan sebegitu. Diakui, sis sejenis ibu yang gar@ng giIa. Tapi bukanlah makna sis tak sayang anak sis. Sis pun meneran juga masa nak lahirkan dia. Berjam-jam dalam bilik bersalin tu barulah keluar si Ammar ni.

Kasihan Pada Cikgu-Cikgu

Betul, anak hak masing-masing untuk ibu bapa jaga dan didik. Tapi sis cuma kasihan juga pada cikgu-cikgu. Kalau kita, dig@nggu hingga lewat malam bertalu-talu selepas waktu kerja, HARI-HARI, pun boleh kena tekanan JlWA kan.

Samalah cikgu-cikgu. Mereka ada kehidupan juga. Mereka ada keluarga. Mereka juga perlu rehat setelah melayan keren@h murid-murid di sekolah. Tugasan pendidik bukan mudah. Lagi-lagi yang mendidik anak-anak Tahun 1.

Pesan Cikgu itu penting. Selalulah ingatkan anak-anak kita sebegitu. Supaya mereka sentiasa peka. Supaya mereka tidak hanya bergantung pada kita.
Hari ini mungkin kita ada, esok lusa? Andai kita ditarik ny@wa. Bagaimana?

 

Sumber mingguan wanita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*