“Brp Banyak Mulut Boleh Diberi..” – Siti Kassim prsoal Kos RM13 Juta, Ternyata ayat dia kalini

“Untuk menghasilkan atlet bertaraf dunia rasanya kos ini amat berbaloi..” – Netizen

Ketika ramai berbangga dengan pencapaian pingat perak diraih Datuk Azizulhasni Awang dalam acara keirin di Olimpik Tokyo 2020 hari ini, ada pihak mempertikaikan kos membangunkan basikal miliknya dan seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim menerusi hantaran di Facebook berkongsi artikel mengenai kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) berjumlah RM13 juta antara Institut Sukan Negara (ISN) dengan syarikat dari United Kingdom, TOTALSIM Ltd., yang mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan aerodinamik untuk menghasilkan basikal kedua-dua jaguh negara itu.

“Walaupun ini berita tahun lalu, tetapi ia mula menjadi perhatian sekarang. Sepanjang saya menyokong kejayaan pasukan kebangsaan kita dalam sukan, saya rasa ia berlebihan melihat kepada keadaan negara kita sekarang.

“Bayangkan RM13 juta, berapa banyak mulut boleh diberi makan? Saya minta maaf kerana saya mendapati ia benar-benar tidak boleh diterima,” katanya.

Untuk temasya Olimpik Tokyo 2020 kali ini, Azizulhasni dan Shah Firdaus menggunakan basikal WX-R Vorteq bernilai RM300,000 sebuah dengan setiap pelumba dibekalkan tiga basikal berkenaan.

Basikal berkenaan diperbuat daripada bahan karbon fiber yang lebih keras, tetapi ringan dengan menggunakan teknologi aerodinamik terkini untuk memastikan rintangan angin lebih rendah.

Berdasarkan syarat Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), jentera digunakan bagi Sukan Olimpik perlu berada di pasaran, dan basikal model WX-R Vorteq itu sudah berada di pasaran sejak 1 Januari tahun lalu.

Di sebalik pelaburan besar itu, ia dilihat berbaloi dengan pencapaian Azizulhasni meraih perak ketika dia sebenarnya mampu untuk memenangi emas, namun tidak bernasib baik pada perlumbaan hari ini.

Agong, Raja Permaisuri zahir tahniah buat Azizulhasni

Datuk Azizulhasni hadiahkan perak utk Msia

“Seri Paduka Baginda berdua menyifatkan pencapaian Datuk Azizulhasni ini sebagai pencapaian amat bermakna kepada Malaysia.

“Semestinya seluruh rakyat Malaysia amat berbangga dengan aksi dan semangat tidak mudah mengalah yang ditunjukkan Datuk Azizulhasni,” kata Istana Negara dalam satu kenyataan.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga semua atlet negara akan memperoleh kejayaan cemerlang dan mengharumkan nama negara di kejohanan mendatang,” katanya.

Kontinjen negara menutup tirai Olimpik Tokyo 2020 dengan meraih satu perak menerusi Azizulhasni dan gangsa sumbangan beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: HM

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*