“Tengoklah saya brutal gini” – Nak cari yang sama level, DSV kongsi ciri lelaki pilihan

Menjengah usia 50-an, soal jodoh pengasas produk kosmetik, Dato’ Seri Vida masih menjadi perhatian ramai.

Walaupun tidak memikirkan perkara tersebut ketika ini, Vida bagaimanapun menjelaskan dia akan memilih calon yang stabil dari segi ekonomi dan berusia sebaya dengannya.

“Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level-level (setaraf) saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course (sudah pasti)”

“Ada ke lelaki yang nak saya”

Menerusi posting terbaru di Instagramnya, Vida turut menjelaskan fokusnya kini hanyalah buat keluarga serta perniagaan yang semakin berkembang.

Sempat berseloroh, dengan mempunyai karakter yang ‘brutal’, pastinya sukar untuk dia memikat hati mana-mana jejaka.

“Ada ke lelaki yang nak saya? Tengoklah saya jenis ‘brutal’ gini (begini). Semua buat, takut lari saja nanti. Sekarang ini saya tidak terfikir pun nak kahwin ke apa. Anak-anak, keluarga dan syarikat adalah keutamaan saya.

Sebelum ini Vida pernah mendirikan rumah tangga dengan Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014, namun pasangan tersebut disahkan berpisah pada 7 April 2017.

Sumber: Harian Metro Via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*