Abang Viva cepat2 nak tamatkan live di TikTok, teruja tahu boleh dapat duit dari situ

Populariti yang diperoleh Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar dalam sekelip mata disebabkan kerja ikhlas yang dilakukan untuk membantu mangs4-mangs4 banjir benar-benar meng3jutkan empunya badan.

Walaupun dia tidak mengharapkan apa-apa penghargaan, namun ramai yang terharu dengan keprihatinan yang ditunjukan sehingga mendapat pujian rakyat Malaysia.

Buat live di TikTok

Selepas mempunyai sedikit waktu rehat setelah berhari-hari membantu orang awam, Abang Viva telah berkesempatan membuat live di aplikasi TikTok yang baru dibuat olehnya.

Dia juga masih ‘pening’ untuk membalas segala mesej yang diterima sejak viral tempoh hari.

@arraz91terima Kasih abg viva kerana menjadi hero ..semoga sehat selalu,murah rezeki dan sentiasa membantu org 💪💪 .. #abangviva

♬ bunyi asal – araz – araz

Terus nak end live sebab nak dapat duit

Dalam pada berinteraksi dengan warganet, ada diantara pengguna Tiktok telah membantu Abang Viva dengan mengajarnya mendapatkan coin yang boleh ditukar kepada duit jika membuat live di TikTok.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah tindak4nnya yang segera mahu mengakhiri live tersebut kerana hendak mendapatkan duit seperti yang dikatakan pengguna TikTok tersebut.

@afnannazliabang viva ni terus top live. Alhamdulillah ramai bagi gift kat abang viva . sikap prihatin rakyat malaysia @abangvivaofficial #abangviva #banjir2021

♬ bunyi asal – Afnannnnnnn – Afnannnnnnn

Ramai yang terhibur dengan tindak4n sp0ntannya dan masing-masing memuji sikap Azwan yang tetap humble walaupun sedang menjadi perhatian ramai ketika ini.

Mereka semua mendoakan agar pemuda berusia 28 tahun itu terus dimurahkan rezeki dan mengekalkan sikap merendah diri yang ditonjolkan.

Selain daripada menjawab soalan-soalan random dari warganet, Abang Viva juga ada meny3ntuh perihal hadiah kereta 4×4 yang ditawarkan kepadanya oleh seorang usahawan kosmetik tempoh hari.

Menurutnya, dia masih lagi berfikir dan hari Jumaat nanti baru berpelu4ng bertemu wanita itu untuk berbincang sama ada pemberian tersebut bersyarat ataupun tidak kerana ramai menasihatinya untuk menerima.

@afnannazliNiat yang ikhlas lebih jauh kekayaan berbanding pemberian dunia

♬ bunyi asal – Afnannnnnnn – Afnannnnnnn

Ajak ramai2 follow biar dapat duit

Jadi, melihat daripada respon orang ramai tentang tindak4n murninya membantu orang ramai, kebanyakan pengguna Tiktok mengajak warganet yang lain untuk mengikuti media sosial Abang Viva agar dia boleh membuat live dan memperolehi pendapatan dari hasil live tersebut.

@_rizz._JOM RAMAI2 FOLLOW @abangvivaofficial BAGI DIA SERABUT! MAKLUM LA BARU BUAT TT 🤣 #abangviva #abangvivaviral #fyp #masukberanda

♬ suara asli – Wibowo Larkes Perdan – Wibowo Larkes Perdan

Untuk makluman, nama Azwan Omar viral selepas seorang pengguna Twitter memuat naik gambarnya yang sedang berehat sebentar selepas membantu mangs4-mangs4 banjir yang terperangkap dalam bencana banjir di Sri Muda dengan bot persendiriannya.

Dia yang datang dari Melaka dengan membawa Perodua Viva dan berbekalkan RM50 telah pergi ke kawasan-kawasan banjir untuk memberikan bantuan segera.

Dirinya bukan hanya mendapat pujian ramai, bahkan disebut dalam satu khutbah Jumaat tempoh hari sebagai tanda menghargai jasa serta pengorbanan yang telah dilakukan.

Sumber: TikTok @arraz91, @_rizz._, @afnannazli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*