Keluarga terk4ndas banjir, pensyarah tunggu depan dewan konvo p3luk pelajar

Disebabkan itu, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @anisaazman, dia telah memuat naik momen pensyarahnya yang menunggu di pintu dewan konvokesyen memandangkan keluarganya tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana terk4ndas akibat banjir.

Pensyarah wanita itu dilihat m3meluk @anizazman dan mengucapkan tahniah sehingga membuatkan ramai warganet yang menonton video tersebut berasa s3bak.

@anisazman_

Banyak kali ckp tahniah masa hugs , banyak kali ws nanti dh nk keluar bgitahu dr ganti your family ๐Ÿ˜ญย #fypp#familyย #usm

โ™ฌ original sound โ€“ ๐‘…๐‘ข๐‘˜โ„Ž๐‘ ๐‘Ž๐‘Ž๐‘Ÿ ๐Ÿ•Š

P3luk dan ucap tahniah

Menurutnya lagi, sebelum habis majlis konvokesyen tersebut pensyarahnya kerap kali menghubungi menerusi aplikasi WhatsApp dengan bertanya bila para pelajar akan keluar kerana dia ingin meraikan bersama pelajarnya bagi m3nggantikan keluarga yang tidak dapat hadir.

Dapat dilihat mereka saling berp3lukan dan pelajar itu kelihatan s3bak melihat ada seseorang yang menantinya di luar dewan konvokesyen berkenaan.

Terharu dengan tindak4n pensyarah

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa terh4ru melihat kebaikan pensyarah berkenaan yang sangat memahami perasaan pelajarnya.

Ada juga yang berkongsi cerita pernah mengalami situasi sama apabila ahli keluarga tidak datang sewaktu hari istimewa dan hanya meraikan bersama teman-teman rapat sahaja.

Sebak pulak tengok macam ni

Dulu ada yang konvo bertemankan sahabat sahaja

Baiknya Dr. Ivy

Betuah dapat pensyarah macam ni

Masuk habuk pulak mata lihat keikhlasan pensyarah

Sumber: TikTok @anisazman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*