Kini Fizo Omar Terpaksa Tampil Buat Permohonan Maaf

Pelakon Fizo Omar tampil menjelaskan maksud sebenar rakaman video yang menyebut ‘Made in Janda Baik’ sehingga mengvndang rasa kurang senang segelintir pihak termasuk netlzen.

Fizo berkata, dia tidak menyangka apabila perbualan spontan bersama isterinya, Fazeera Nazri itu dijadikan tajuk utama sesetengah portal berita.

Fizo dan isterinya, Fazeera Nazri. Foto Instagram Fizo Omar

“Saya akui terkejvt apabila perkataan ‘Made in Janda Baik’ dijadikan tajuk berita sesetengah portal online.

“Sebenarnya saya tak tahu menahu mengenai kejvtan yang dibuat.

Lagipun kami baru sebulan berkahwin dan tiba-tiba dia (isteri) beri saya kit ujlan.

Mulanya, saya ingatkan kit ujlan sarlngan C0v ld-19 sebab dia beritahu positif.

“Tapi lain pula yang berlaku apabila dia maklumkan sedang berbadan dua. Perasaan saya ketika itu bercampur bavr sebab kami baru bercadang nak pergi berbulan madu.

“Sebenarnya apa yang keluar daripada mulut saya sangat spontan dan ia hanyalah gurauan antara suami dan isteri memandangkan saya kerap ke Janda Baik untuk urusan perniagaan,” katanya.

Menurut Fizo, dia memohon maaf sekiranya video yang dikongsi itu menimbulkan rasa kurang senang dan berharap orang ramai dapat menonton video yang dimuat naik terlebih dahulu.

“Kalau orang tengok video yang dikongsikan sampai habis, saya percaya rata-rata akan mengatakan ia hanyalah gurauan antara suami dan isteri.

“Saya harap netizen di luar sana dapat menonton keseluruhan video yang dikongsikan dan faham maksud sebenar.

Saya tiada niat nak ketengahkan perkataan itu tapi saya faham mungkin cara itu dapat menarik perhatian pembaca,” katanya.

Dalam masa sama, Fizo memaklumkan kandungan isterinya kini sudah memasuki trimister kedua.

“Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya, isteri dan anak sulung, Wan Maryam yang begitu gembira dan teruja menunggu kehadiran adiknya.

“Boleh dikatakan setiap hari Cik Yam (panggilan Wan Maryam) tanya bila adiknya nak keluar daripada perut umi,” katanya.

Terdahulu Fizo dikatakan tidak sensitif dan seolah-olah membuka cerita dalam kain gara-gara memuat naik rakaman video yang menyebut ‘Made in Janda Baik’.

Fizo bertemu jodoh kali kedua dengan Fazeera dan bernikah pada 21 Oktober tahun lalu dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 dan bercer4i pada Julai 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan Wan Maryam, kini berusia lima tahun..

Sumber:r-s7

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*