Sertai Big Stage Demi Keluarga, Tinggal Isteri Dan Anak Usia 2 Thn Di Indonesia, Akhirnya Tegar Menang RM10,000

BERKAHWIN dan memiliki anak pada usia muda menjadikan penyanyi Tegar Septian seorang yang lebih mat4ng dan sentiasa berfikir tentang masa depan.

Tegar, 22, juga mengakui ia bukanlah satu tanggungjawab yang mudah dan kehidupan berumah tangga adalah cab4ran untuk dia sentiasa belajar erti kesabaran.

“Sekarang masa untuk bersama kawan-kawan tidak seperti dahulu lagi. Perlu lebih fokus kepada keluarga dan anak.

“Menjadi bapa pada usia muda membuatkan saya lebih dewasa. Saya harus fikir tanggungjawab dan bekerja untuk masa depan keluarga,” ujar Tegar kepada mStar.

Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheilka pada Mac 2020 dan mereka kini mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang diberi nama Abidzar Oktaviano Putra Septian.

Demi masa depan dan kesenangan keluarganya, Tegar terpksa berpisah dengan mereka bagi menyertai program Big Stage 2022 (BSSS) diadakan di Malaysia.

“Mereka semua menyokong kerjaya saya dan penyertaan saya ini juga adalah demi masa depan kerjaya yang untuk kesenangan mereka.

“Ada perancangan untuk membawa isteri dan anak datang ke Kuala Lumpur. Semoga segala urusan dipermudahkan dan kami dapat bersama nanti,” jelasnya.

Penyertaan Tegar dalam BS22 juga bagai pengenalan semula kepada peminat yang di sini.

Penyanyi berasal dari Subang, Indonesia ini mencipta nama menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang dan berharap masih ada peluang untuk kembali dikenali dalam industri muzik Malaysia.

“Jika ada rezeki saya di sini, pasti mahu berada di Malaysia. Semoga penyertaan saya ini akan sampai ke peringkat akhir.

“Dalam hidup dan kerjaya ini saya hanya follow the flow sahaja. Apa yang penting tetap terus berkarya,” ujarnya.

BERIKUT KEPUTUSAN PENUH FINAL BIG STAGE 2022:

Juara – Elica Paujin (78.93%)

Naib juara – Danial Chuer (72.62%)

Tempat ketiga – Aisha Retno (71.04%)

Tempat keempat – Yazmin Aziz (59.35%)

Tempat kelima – Tegar Septian (59.13%)

Pada konsert akhir yang berlangsung dengan penuh meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam, Elica membawakan dua buah lagu iaitu Cinta nyanyian asal Marsha Milan dan Believer (duet bersama Hael Husaini).

Danial Chuer yang bergelar naib juara membawa pulang wang tunai RM50,000 dan Aisha Retno menerima hadiah RM25,000 beserta trofi.

Sementara itu, Yazmin Aziz dan Tegar Septian yang mengisi tempat keempat serta kelima membawa pulang wang hadiah berupa wang tunai RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).

Biodata Penyanyi Tegar Septian, Peserta Big Stage 2022
Siapa Tegar? Pemilik nama penuh Tegar Septian ini adalah seorang penyanyi remaja Indonesia yang melibatkan diri dalam rancangan realiti nyanyian, Big Stage Musim 4.

Edisi 2022 itu turut menyenaraikan 11 penyanyi generasi baharu atau Budak Baru Nak Up (BBNU) yang lain sebagai barisan peserta iaitu Aisha Retno, Danial Chuer, Tuah Adzmi, Lia Aziz, Megat Rahim, Elica Paujin, Sofiaa Marieylla (Jerung Merah), Yazmin Aziz, Ajoi Zainal, Syafiq Abdilah (Brunei) dan Iqbal Zulkefli.

Biodata

Nama sebenar: Tegar Septian

Nama pentas: Tegar Septian, Tegar

Umur: 21 tahun (2022)

Tarikh lahir: 18 September 2001

Asal: Subang, Jawa Barat, Indonesia

Kerjaya: Penyanyi

Instagram (IG): @tegar_official

Latar Belakang

1. Pernah menjadi busker di Indonesia sejak usia lapan tahun kerana menyara kehidupan keluarganya yang miskin.

2. Terjun ke bidang hiburan sejak tahun 2013.

3. Mencipta populariti di usia muda 11 tahun.

4. Mula terkenal sebagai penyanyi kanak-kanak menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang ketika masih menjadi pemuzik jalanan.

5. Kariernya berterusan dengan penghasilan album menerusi deretan lagu popular seperti I Love You, Sahabat Kecil (My Childhood Friend), Cinta Bohongan (Suka2an), Cintamu Bukan Untukku dan Salahkah Aku Memujamu.

6. Berkahwin dengan youtuber, Sarah Sheila Kamilia pada 20 Mac 2020 di usia 19 tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Abidzar Oktaviano Putra pada tahun sama.

7. Isteri Tegar yang berumur 25 tahun adalah seorang bekas janda yang pernah mendirikan rumah tangga selama enam bulan, namun bercerai di usia 21 tahun kerana jodoh yang tidak panjang.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*