‘Takkan Nanti Dia Takde Duit Kita H4lau Dia Dari Rumah’ – Luahan Isteri Atu Zero

” Jika isteri itu masak, ia adalah ihsan dari isteri kepada suami…”Beras suami beli, takkan suami kena belajar masak?”

Demikian perkongsian  isteri pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari di Instagram yang menjelaskan beliau tidak kisah untuk membantu keluarga mencari pendapatan pada bulan Ramadan.

Shafeeqa berkata, pada kebiasaannya Atu tidak akan mengambil sebarang pekerjaan pada bulan puasa kerana mahu fokus beribadah.

” Selalunya Ramadan Atu tak ambil job, saya pula kerja. Buat kek untuk raya, saya cover Atu untuk dia tenang beribadah. Tetapi Ramadan sahajalah, bulan lain dia wajib kerja.

” Bukan menyokong atau memb4ntah mana-mana pihak. Suami itu cinta kita.

” Takkan nanti dia tak ada duit kita halau dia dari rumah yang dia sendiri bayar kan? Tak akan sampai hatinya” tulisnya.

Shafeeqa juga berpendapat sebagai suami isteri, pasangan seharusnya membantu antara satu sama lain dan saling melengkapi.

” Suami isteri ini perlu saling melengkapi. Kesian suami. Kita nikah sebab cinta, bukan sebab nak jadikan dia mesin cetak duit. Kena kerja, kena beli, kena buat. Mereka pun ada kudrat mereka.

” Saya kagum dengan isteri yang kerja makan gaji, balik boleh masak lagi. Saya duduk rumah jaga anak pun tak mampu nak buat.

” Percayalah, dah tua nanti anak-anak mesti akan rindu masakan seorang ibu…” coretnya.

Dalam pada itu, dia juga menyatakan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang memahami dan tidak putus memberikan sokongan dalam bidang perniagaan.

” Alhamdulillah, saya dapat suami mudah. Kalau tak larat nak masak kita makan luar tapi saya ini suka mencuba. Kita cuba dan cuba, kadang-kadang mendatangkan pendapatan pula untuk saya.

” Suami saya ni ibarat tikus makmal. Kalau dia kata okay, baru saya berani open order.

” Terima kasih banyak-banyak ya encik suami, dah lah keluar modal, kena jadi tester pula,” kongsinya.

Untuk info, Shafeeqa dan Atu terkenal dengan perniagaan kek lapis yang diberi nama Kek Lapisan Ozon.

Sehingga kini perniagaan mereka mendapat sambutan hngat kerana kualiti terbaik dan juga rasa kek yang sangat sedap.

Atu tak pernah teringin pakai kereta mewah

Sementara itu, pada Oktober tahun lalu, Shafeeqa turut pernah berkongsi kisah tentang sikap suaminya yang juga merupakan bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2021).

Mungkin ramai yang melihat Atu sebagai penghibur, sentiasa tersenyum dan membuat orang ketawa namun disebaliknya pelawak itu juga pernah berdepan dengan dvgaan hidup.

” Saya kan, suka dengar apa yang suami saya cerita. Setiap apa yang dia ceritakan itu adalah cita-cita dia.

” Tak pernah dia cakap teringin nak pakai kereta mewah itu, baju branded ini, kasut mahal itu ini.

” Kadang-kadang apa yang dia pakai mahal tu saya yang belikan dia untuk dia kerja. Tak ada lah mahal sampai tak masuk akal… Tapi reward untuk dia yang penat bekerja…

” Cita-cita anak nelayan, arwh bapa dia gaji awal bulan 150, akhir bulan 150… Kadang-kadang minta advance dengan bos, beras untuk 7 orang anak…

” Ikan kadang-kadang Atu jual dari rumah ke rumah,” kongsinya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.

Tambah Shafeeqa lagi, sebelum mengenali Atu kehidupan mereka berdua sangat berbeza.

” Berbeza sangat hidup dia dan life saya. Bukan mereka tak pandai, tapi peluang tu tak ada. Nak sambung belajar kan banyak pakai duit.

” Dia lepas SPM terus nak bekerja. Berbeza dengan saya, abis SPM ayah suruh ambil kursus perakaunan. Lesen kereta motor saya ada sejak umur saya 17 lagi.

” Atu tak, semua dia usaha sendiri. Kadang-kadang kagum dengan dia.

” Dia nak capai tahap tak nak terkesan dengan makluk tu susah sangat. Tapi macam mana dia boleh sabar, apa orang nak cakap tu cakaplah. Dia akan usaha untuk cita-cita dia,” tulisnya.

Isteri ajar Atu Zero Alif Ba Ta

Jelas Shafeeqa lagi, Atu sebenarnya tidak sangka rezekinya berada di pentas seni kerana sebelum ini suaminya itu tidak terfikir untuk menjadi selebriti.

” Jadi artis bukan cita-cita Atu ya. Dia pun tak terjangka yang rezekinya di pentas seni, tapi cita-cita dia untuk mendalami ilmu islam itu memang dari saya bercinta lagi dengan dia. Jadi saya tunjuk apa yang saya tahu.

” Ya! Saya lah yang ajar dia Alif, Ba, Ta sampai satu tahap saya minta dia berguru dengan ustaz yang betul-betul.

” Sebab saya isteri, nak betulkan suami tentang sebutan tu saya sendiri segan. Baik berguru kan. Kan. Sekarang? Duk pulun ajar Sumayyah pula… Lagi payah rupanya ajar anak ni.

” InsyaAllah, saya happy jika suami saya happy… Dia bukan orang senang… Tapi dia berusaha untuk kehidupan. Banyak yang saya belajar dari Atu walaupun dia 5 tahun lebih muda dari saya,” coretnya.

Shafeeqa mendirikan rumah tangga dengan Atu atau nama sebenarnya Sharif Kuna Doli Sharif pada 8 Februari 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber:gempak dan IG isteri Atu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*