Nabil Ahmad Ditegur Ustaz Kerana Bangun Pukvl 3.30 Setiap Pagi Sebab Nak Solat Qada 17 Rakaat

Pengacara, pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad memberitahu yang dia pernah melakukan solat Qada 17 rakaat setiap hari sebelum menunaikan solat Subuh.

Menurut Nabil, solat 17 rakaat itu dilakukan bagi menggantikan 17 rakaat dalam solat lima waktu yang pernah ditinggalkan dahulu.

“Saya pernah memberitahu Ustaz Wadi yang saya qada solat yang pernah saya tinggalkan dahulu. Saya tunaikan sebanyak 17 rakaat kerana sehari kita wajib solat sebanyak 17 rakaat.

“Jadi, setiap hari, saya akan bangun tidur seawal 3.30 pagi untuk menunaikan solat Qada berkenaan. Begitupun, ustaz nasihatkan saya untuk tidak terus menerus begitu,

sebab takut sekarang saya bersungguh tetapi bila dah pen4t saya akan tinggal.

“Dia juga nasihatkan saya untuk buat sikit demi sikit tetapi istiqamah. Namun, untuk beristiqamah itu merupakan satu perkara yang paling susah nak capai. Hal ini kerana,

ada individu yang pada awalnya semangat, tetapi kemudian tinggal.

“Pengakhiran begitu yang saya tidak mahu… Sebab kita tidak tahu sampai bila umur kita dan Allah akan jemput kita dalam keadaan yang bagaimana,” katanya.

Disebabkan mahu terus istiqamah, Nabil berkata, dia selalu berdoa agar dia sentiasa mendekatkan diri dengan orang berilmu.

“Memang ketika kita menghadiri majlis ilmu atau ‘keluar’, kita yakin, tapi risau bila balik rumah saja, semuanya goyah,” katanya sambil memberitahu mahu merancang untuk

menghadiri ilmu di Bangladesh, India dan Pakistan.

Sumber: gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*