Tular Solat Tarawih 8 Jam Sehari, Satu Rakaat Satu Juzuk. Ini Penjelasan Dari Imam.

Sebuah sekolah di Magetan menjadi tular dalam media soslal selepas penghuninya melaksanakan solat tarawih selama lapan jam setiap malam.

Lapor detik.com, Jabatan Perhubungan Awam Pondok Pesantren Al-Fatah di Desa Temboro, Eko Mahmudi memberitahu, sudah menjadi tradisi tahunan setiap kali Ramadan pelajar di sekolah itu akan melaksanakan ibadah tarawih dengan menghabiskan bacaan 30 juzuk al-Quran.

“Solat tarawih akan dilaksanakan selepas solat isyak pada jam 7 malam dan selesai pukul 3 pagi. Selepas itu, pelajar akan terus bersahur.

“Solat selama lapan jam akan lengkap dibaca 30 juzuk al-Quran,” katanya.

Menurut Eko, sekolah yang mempunyai 17,000 pelajar itu membahagikan solat tarawih kepada beberapa kumpulan.

Katanya, terdapat kumpulan yang akan membaca 10 dan 20 juzuk al-Quran, yang disertai lebih ramai pelajar kerana imam dibenarkan melihat al-Quran ketika solat.

Bagi 30 juzuk hanya disertai beberapa pelajar sahaja kerana syaratnya imam dan makmum mesti sudah menghafal al-Quran.

“Setiap kumpulan mempunyai seramai enam imam pada setiap malam. Mereka akan membaca 30 juzuk al-Quran sepanjang 20 rakaat solat tarawih.

“Ini bermakna setiap imam akan bergilir-gilir membaca lima juzuk al-Quran,” katanya.

Sumber: utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*