Wanita ‘borong’ emas beri setiap anak menantu, ramai tervja! – “Mentua idaman ni”

Setiap lndividu mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan mertua yang baik hati. Tidak perlu dilimpahkan dengan harta benda, layanan baik juga sudah cukup membuatkan menantu berasa bahagia.

Bagaimanapun, ciri-ciri mertua seperti itu dapat dilihat pada seorang wanita ini apabila menghadiahkan koleksi gelang emas untuk setiap anak perempuan termasuk menantu kesayangannya.

Kisah tersebut menjadi perhatian ramai selepas akaun Facebook sebuah kedai emas di Kuching, Sarawak berkongsi gambar wanita yang dikenali sebagai Saliah Sonong itu ketika ‘memborong’ gelang emas berkenaan.

“Mak mentua idaman. Beli untuk semua anak menantu,” tulis kapsyen pada posting tersebut sehingga meraih lebih 2,000 tanda suka, semalam.

Posting itu memperlihatkan Saliah yang juga seorang guru menunjukkan isyarat ‘bagus’ selepas selesai membeli lima utas gelang emas yang sudah diletakkan dalam kotak aksesori.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terutama golongan wanita meluahkan ketervjaan dan tumpang gembira dengan rezeki diterima anak menantu Saliah.

Selain itu, mereka menyifatkan Saliah adalah mentua idaman kerana memberikan layanan sama rata terhadap menantu seperti anaknya sendiri.

Malah, terdapat juga segelintir individu berseloroh mahu menjadi menantu kepada wanita berkenaan sekiranya masih mempunyai anak bujang yang belum berkahwin.

Makcik ada anak bujang tak?

Bersyukur dapat mak mentua macam ni!

Murah rezeki berkongsi kasih sayang.

Alhamdulillah! Rezeki menantu.

Sumber: Facebook Kedai Emas

Via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*