[VIDEO] Mengel0h Belanja Barang Habis RM200

Dengan peningkatan harga barang saban hari, wang belanja setiap isi rumah juga semakin besar nilainya tambah lagi yang sedang membesarkan anak-anak kecil. Sudah tentu, golongan suami menjadi pihak yang paIing ‘pening kepala’ dan terkadang menganggap isteri mereka berbelanja secara b0ros. Hakikatnya, apa saja yang boleh dibeli dengan duit tak seberapa di zaman kini?

Belanja tadi habis berapa? Aihhhh belanja segitu je apa yang kau beli?

Persis situasi dalam video TikTok ATATA di bawah, seorang suami mula mempersoalkan tind4kan isterinya yang habis berbelanja sekitar RM200. Melihat semula resit yang diserahkan, dia seakan-akan tidak percaya selain mula membebel dengan nada mengelvh.

Pampers, susu, gula…Kau je yang pergi belanja biar kau tahu harganya.

Namun tidak lama kemudian, isterinya terus mengambil bungkusan barang dan menghalakan pada sisi wajah lelaki ini. Bukan membeli barang bukan-bukan, sebaliknya ia merupakan belanja keperluan harian termasuklah dengan pampers anak dan juga bekalan makanan di rumah. Sesudah ‘disekolahkan’, si suami terus terdiam dan enggan lagi mel4wan kata-kata wanita berkenaan yang sedang bad mood di tempat duduk belakang.

Sis ni mewakili mak-mak yang pening nak atur duit belanja

Melalui ruangan komen, ramai netlzen terhibur dengan gelagat si suami yang tidak ubah seperti ‘mengejut harimau sedang tidur’. Dalam sudut lain, mereka turut berpendapat isu jumlah belanja bulanan merupakan hal yang tidak patut dipertlkaikan.

Sumber : TikTok & Erin sakura

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*