Ibu Wak Doyok nak menantu anak dara

Usahawan dan juga pelakon yang cukup sinonim dengan gaya maskulin, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor masih lagi solo walaupun usianya kini menginjak 42 tahun.

Namun, dia sama sekali tidak tertekan dengan pertanyaan berkaitan jodoh kerana yakin hal tersebut sudah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Tak nak menantu janda

Akan tetapi, menerusi video pendek yang dikongsikan akaun TikTok @majalahnona, ibu kepada Wak Doyok yang sudah berusia 76 tahun telah berkongsi serba sedikit wanita yang diimpikan menjadi menantunya nanti.

Dalam temu bual tersebut, ibunya berharap agar Wak Doyok bertemu jodoh dengan anak dara dan bukanlah yang berstatus janda.

“Cari yang anak dara. Janda makcik tak nak! Kalau jodoh dia tetap makcik tak nak!” ujarnya

Bukan mak yang nak kahwin”
Walaupun tahu ia adalah aturan daripada Maha Pencipta namun kriteria tersebut adalah yang dimahukan untuk mendampingi anak tersayang

Temu bual yang berjalan secara santai itu diselingi dengan gelak tawa mereka dan Wak turut memaklumkan yang jodoh itu kita tidak tahu bagaimana bentuknya.

“Bukan makcik yang nak kahwin tapi saya nak kahwin. Tapi susah kan? Kalau jodoh kita tak tahu.” kata Wak Doyok pula.

Perkongsian ringkas itu turut memaparkan pemandangan rumah mewah milik ikon fesyen itu dan terlihat dia sangat rapat dengan ibunya.

Terdahulu, Wak Doyok pernah memaklumkan kepada media bahawa dia ingin mencari seorang wanita yang sanggup tinggal bersama mertua kerana memikirkan keadaan ibunya yang sudah berusia.

Dia juga mengakui pernah dijodohkan oleh ibunya dengan seoran gadis namun dia sendiri masih belum bersedia.

Video :

Sumber: TikTok @OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*