“Neelofa Rancang Pindah Ke Mesir, Ikut Suami Sambung Belajar- “Mahu Besarkan Bil4l Di Tanah Arab”

PENGACARA dan usahawan meluahkan Neelofa hasrat untuk berhijrah ke tanah Arab mengikut suaminya Haris Ismail yang mahu menyambung pelajaran di sana.

Selain mendedahkan anaknya dengan persekitaran di sana, Neelofa, 33, juga mahu belajar bahasa Arab dengan lebih mendalam.

“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar di sana.

“Dalam masa sama kami mahu dedahkan anak kepada persekitaran di sana dan saya boleh ambil peluang untuk belajar bahasa Arab,” katanya.

Ibu kepada Muhammad Bilal ini meluahkan hasrat tersebut ketika menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara Nona di TV3 pada Ahad.

Neelofa yang juga merupakan bekas pengacara rancangan tersebut dijemput menjadi tetamu sempena sambutan ulang tahun ke-38 stesen berkenaan.

Dalam rancangan tersebut, Neelofa turut memberi gambaran wajah anaknya yang selama ini tidak pernah didedahkan kepada peminat.

“Awalnya macam muka ayah dia, kemudian tiba-tiba macam muka saya pula,” ujarnya.

Sementara itu, Neelofa juga turut meluahkan hajat untuk mendalami al Quran dan berharap ia boleh menjadi kebaikan buatnya sebagai bekalan saham akhirat.

“Satu lagi impian saya adalah untuk mendalami al Quran. Walaupun suara saya tak sesedap mana ketika membaca al-Quran, tetapi saya sudah lama ingin mempelajarinya.

“Kalau boleh mahu turunkan ilmu itu supaya dapat dijadikan saham akhirat kelak,” jelasnya.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan mereka menyambut kelahiran anak pertama pada 31 Januari lalu.

PU Riz beri ‘green light’ Neelofa kembali aktif bidang seni, percaya isteri bawa imej baik taat perintah Allah

SELEPAS tiga bulan melahirkan cahaya mata pertama, selebriti dan usahawan Neelofa bakal kembali aktif dalam bidang seni tidak lama lagi.

Menurut suaminya iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail, dia sudah berbincang dengan Neelofa mengenai perkara itu dan mempercayai isterinya dapat membawa imej agama dengan baik sepanjang berada dalam industri seni.

“Alhamdulillah, Lofa boleh ikut… pakaian pun, dia taat la pada perintah Allah! Jadi, kita bagi dia ruang untuk dia berkarya dalam benda-benda dia dah biasa buat,” kata Haris kepada mStar

PU Riz bersama Neelofa ditemui di majlis berbuka puasa bersama media di Restoran Cili Kampung Hartamas, Petaling Jaya, pada Khamis.

Untuk rekod, bekas pengacara program MeleT0P itu selamat melahirkan bayl lelaki bernama Muhammad Bilal di sebuah pusat perubatan pada 31 Januari lalu.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, pada 27 Mac tahun lalu.

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia bakal tampil dalam beberapa program bual bicara yang masih dalam proses perbincangan.

Biarpun bakal kembali aktif, namun usahawan berusia 33 tahun itu tetap mahu menjalankan rutin sebagai seorang ibu dengan mengutamakan anaknya terlebih dahulu.

“InsyaAllah saya pun dah berbincang dengan suami, mungkin saya akan keluar program bual bicara. Sekarang masih dalam proses perbincangan.

“Masih lebih kepada bisnes tapi keutamaan kami adalah Bilal. Saya pun tak nak dia lama-lama dengan helper. Saya nak jalankan rutin sebagai ibu itu lebih daripada yang lain.

“Alhamdulillah, kita dah diskusi benda ini (had kembali aktif) begitu detail la setiap perkara… dengan imej agama yang dibawa, kena banyak berhati-hati.

“Kalau berbisnis pun boleh buat dekat rumah, jarang-jarang kena pergi meeting ke sh00ting ke. Sama juga program dalam industri ini pun, tak makan masa,” ujarnya.

Sementara itu, disoal mengenai perancangan zuriat seterusnya, Neelofa memberitahu dia dan suaminya sememangnya mahukan cahaya mata lagi malah sentiasa menerima rezeki yang Allah berikan.

“Perancangan anak seterusnya… kita nak anak lagi. Terima dan terima dan terima,” kata Neelofa.

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*