“Ini harapan saya…” -Mufti Pulau Pinang sokong Siti Nuramirah sertai tilawah al-Quran

Nama Siti Nuramirah bukanlah lagi asing dalam kalangan orang ramai ketika ini.

Demikian selepas video persembahannya di atas pentas komedi yang didkwa telah menghlna Islam tular di media soslal.

Sokong Siti Nuramirah sertai tilawah Quran
Mengikuti perkembangan terbarunya, Mufti Pulau Pinang iaitu Wan Salim Wan Mohd Noor berkata akan memberi sokongan kepada wanita terbabit menyertai pertandingan tilawah al-Quran jika hafalannya bagus.

Namun, terpulang kepada Siti Nuramirah sekiranya mahu bertemu dengannya bagi memperdengarkan bacaannya ataupun tidak.

“Cuma saya harap dia tidak mengulangi perbuatannya menghlna Islam seperti yang dilakukan sebelum ini.”

“Semoga di berubah menjadi penganvt Islam yang baik dan taat kepada hvkum-hkum agamanya.”

-Wan Salim-

“Anggaplah nasihat seorang ayah”
Dalam masa sama, beliau turut berharap agar wanita berkenaan melupakan kisah lalunya dan membuka lembaran baharu.

“Yang penting adalah kesanggupannya kembali ke pangkal jalan setelah menginsafi kesilapan yang dilakukan. Ini lebih baik daripada berlarutan di dalam kebatilan. Inilah harapan dan nasihat saya.”

“Anggaplah kata-kata ini sebagai nasihat seorang ayah kepada anak sendiri yang inginkan kebaikan untuknya.”

-Wan Salim-

SUMBER:
Free Malaysia Today

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*