“saya baru mengandvngkan Sumayyah ketika itu…” – Puteri Sarah Titip Ucapan Tahniah Pada Syamsul Yusof.

Mat Kilau Raih Kutipan Tiket RM90 Juta, Puteri Sarah Ucap Tahniah Pada Syamsul – “Saya Ada Pergi Ke Set, Bagi Sokongan”

Pelakon Puteri Sarah Liyana tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Syamsul Yusof selepas filem arahan suaminya, Mat Kilau kini berjaya meraih kutipan sehingga RM90 juta.

Sarah berkata, dia sendiri melihat kepayahan yang terpksa dilalui oleh kru dan juga team Mat Kilau sepanjang menyiapkan filem yang kini menjadi naskhah paling laris dalam sejarah perfileman tempatan.

“Saya nak ucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada Mohd Syamsul dan juga team Mat Kilau kerana saya tahu macam mana proses mereka sh00ting dulu.

“Kalau nak ikutkan, saya baru mengandungkan Sumayyah ketika itu. Jadi, saya ada pergi ke set, bagi sokongan. Dan saya tahu proses-proses yang dilalui oleh mereka ketika sh00ting… Ada maslah dekat set dan proses suntingan pun dibuat ketika PKP,” katanya kepada Gempak.

Sarah berkata demikian pada majlis Meet & Greet Face Of Inayah Beauty yang berlangsung di ibu kota semalam.

Dalam pada itu, Sarah turut mengingati kerja-kerja yang dilakukan terutama mereka yang terlibat sepanjang proses penggambaran.

“Berbanyaklah tahniah kepada pelakon semua… team, kru yang paling penat sekali. Dan juga kepada pengarah. Alhamdulillah, syukur rezeki dapat RM90 juta sebab ramai yang berdoa. Kepada produser iaitu Studio Kembara yang bakal dapat RM90 juta itu, tahniah!” kata Sarah.

Ditanya sama ada bakal mendapat sebahagian daripada hasil ketipan tiket Mat Kilau, Sarah menjawab: “Kalau saya Studio Kembara, saya dapat,” ujarnya ringkas.

Mat Kilau Raih Kutipan Tiket RM90 Juta, Puteri Sarah Ucap Tahniah Pada Syamsul - “Saya Ada Pergi Ke Set, Bagi Sokongan”

Terdahulu, media melaporkan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang sudah 33 hari ditayangkan, kini mencatat kutipan RM90 juta, sekali gus menjadi filem dengan kutipan tertinggi di negara ini, mengatasi Avengers: End Game yang mengutip RM87 juta.

Filem berkenaan membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairi dan Fattah Amin.

Syamsul Yusof Menangls Mat Kilau Kutip RM90 Juta Dalam 33 Hari, Sasaran RM100 Juta Tidak Mustahil

Syamsul Yusof Menangis Mat Kilau Kutip RM90 Juta Dalam 33 Hari, Sasaran RM100 Juta Tidak Mustahil

Filem Mat Kilau arahan pengarah Syamsul Yusof belum habis dengan fenomenanya.

Meski sudah memasuki hari ke-33, filem yang memperjuangkan kebangkitan bngsa Melayu ini tetap menerima sambutan hngat di pawagam.

Terbaharu, Mat Kilau meraih kutipan RM90 cuti sepanjang 33 hari ditayangkan dan dengan filem yang masih ditayangkan di pawagam, tidak mustahil naskhah ini mampu mencecah sehingga RM100 juta kutipan!
Lebih membanggakan, Mat Kilau menjadi filem No satu dalam carta box office mingguan untuk 5 minggu berturut-turut mengenepikan filem besar Hollywood.

Melihat kepada perkembangan yang cukup positif dan memberangsangkan ini, Syamsul mengaku tidak dapat men4han air matanya dari mengallr.

“Air mata syukur..tiada kata melainkan Alhamdulillah. Saya dan seluruh team amat terharu.

“Terima kasih penonton masih terus beri kepercayaan pada karya kali ini dan kesemua filem saya sebelumnya. Sejak dari filem pertama hinggalah sekarang. InsyaAllah moga terus diberi ilham untuk filem akan datang,” katanya.

Mat Kilau Tayang Percuma Di Kelantan!

Syamsul turut yakin dengan fenomena yang dicetvskan Mat Kilau, ia memberi bukti bahawa filem Melayu masih boleh berdiri di bumi sendiri. Ia sekali gus memberi harapan baharu kepada pelaku seni serta sinema tempatan.

Telah terbukti beberapa kali karya filem Melayu masih boleh berdiri dibumi sendiri. Ini harapan baru sinema tempatan dan buat semua anak seni tanah air.

“Ayuh semua pengkarya filem, ayuh bersatu demi kita sama sama majukan industri seni Malaysia,” katanya penuh semangat.

Terdahulu filem yang menampilkan Datuk Adi Putra sebagai Mat Kilau ini mencetvs fenomena apabila bukan sahaja mendapat sambutan luar biasa, tetapi penonton hadir ke pawagam dengan menyarung busana tradisional Melayu termasuk bertanjak.

Untuk rekod, Mat Kilau memadam rekod filem arahan Syamsul sendiri iaitu munaflk 2 dengan kutipan naskhah tempatan terbanyak dan menyingklrkan kutipan terbanyak filem antarabangsa, Avengers End Game.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*