Ramai Terhibur Tonton Video Sham & Naqiu Rap Di Instagram

Selepas berakhirnya Geg@r Vaganza 2019 Ahad lalu yang menyaksikan dua bintang diangkat sebagai juara sekaligus, nama peserta-pesertanya masih menjadi bualan hangat netizen. Apa sahaja kisah mengenai peserta-peserta rancangan realiti TV ini pasti meraih perhatian ramai. Baru-baru ini video Sham dan Naqiu rap bersama pula menghiburkan orang ramai.

Video yang dimuatnaik oleh Naqiu Boboy itu menyaksikan gelagat dirinya sendiri dan Sham Visa menyanyikan lagu rap dengan lirik tersendiri. Menerusi video itu kedengaran mereka memberikan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan mereka iaitu Mind Order.

Video yang dikongsikan oleh Naqiu sendiri di laman Instagram miliknya telah meraih lebih 35,000 sejak dimuatnaik enam jam yang lalu.

Berikut adalah video yang menjadi perhatian ramai itu:

 

View this post on Instagram

 

Terima kasih angkat kami semula. Thank you MO! ❤️ . #MindOrderians

A post shared by Naqiu (Boboy) (@thisisnaqiu) on

Memang kreatif habis kedua penyanyi ini yang kini berada di bawah pengurusan yang sama.

Rata-rata netizen turut terhibur menonton video gelagat Sham dan Naqiu rap ini dan meninggaIkan re@ksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Tak nak ingat, tapi teringat Sham rap angguk2 geleng2 tu bila tengok video ni..”

“Cr@ck jugak Sham Visa nih”

“Shoo kiuttt dua2 ne..GV tahun ni palik epik and paling banyak buat sejarah. Semualah palingggg…”

“Tahniah. Naqiu memang penghibur kami setiap minggu. Semoga terus berjaya menjadi penghibur no 1 di Malaysia”

Sumber: Thisisnaqiu via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*