Tinggalkan Anak Demi Tawaran Berlakon, Mawar Rashid Anggap Ia Satu Pengorbanan

Pelakon Mawar Rashid akur dengan tuntutan kerja sebagai pelakon meskipun terp@ksa meninggalkan anaknya Raden Muhammad Rafael yang baru saja berusia sembilan bulan.

Menerusi HLive!, Mawar memberitahu dia bakal bergiat aktif dalam bidang lakonan serta pengacaraan walaupun berat hati untuk meninggaIkan anaknya yang masih kecil.

“Mawar dan mula kembali dalam dunia pengacaraan dan kalau ada tawaran berlakon, saya akan tengok dulu sebelum berbincangan dengan suami.

“Setakat ini tiada watak yang saya akan kata tidak. Apa saja karakter saya ok untuk lakukan,” katanya.

Tambah Mawar, dia tidak mahu melepaskan peluang yang diterima kerana semuanya itu adalah rezeki untuk keluarga.

“Demi karier Mawar, saya tak nak lepaskan peluang yang ada. Ini semua rezeki untuk anak dan keluarga Mawar juga.

“Memanglah rasa tak nak tinggalkan anak, nak tengok perkembangannya, tapi inilah peng0rbanan untuk ibu yang bekerja,” katanya.

Untuk rekod, Mawar dan suaminya Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas.

Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.

Dalam perkembangan terkini, Mawar sedang menjalani penggambaran drama rantaian berjudul TQ Captain.

Selain Mawar, drama TQ Captain turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Hisyam Hamid, Raf Yaakob, Mark Adam, Harris Annuar, Tomok dan ramai lagi.

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*