“Sape terjumpa, tolong pegang dia dan dm Tilla cepat!!” – Syatilla Melvin Tawar RM3,000 Tunai

Pelakon Syatilla Melvin menawarkan wang tunai kepada pengikut yang berjaya mencari pembantu rumahnya yang telah melarikan diri awal pagi semalam.

Menurut Syatilla atau lebih mesra dipanggil Tilla, individu terbabit telah melakukan perkara yang tidak diingini terhadap keluarganya.

Malah tambah isteri kepada aktor Shaheizy Sam berkata kees ini sudah berada dalam siasatan pihak poIis.

“Wahai pengikut yang tercinta, saya tawar ganjaran RM3000 tunai untuk sapa yang ternampak atau terjumpa mangkuk ayun ni (maid aku) ciri-ciri:

“Pendek macam pokok kucai, taik lalat sampah atas mulut, gigi jarang (1km antara 1 gigi ke gigi yang lain).

“Dia lari pagi tadi dan dah buat sesuatu pada keluarga saya!! PoIis akan bantu dalam sias@tan.

“So siapa terjumpa tolong pegang dia dan dm Tilla cepat!! Mohon repost!!” tulisnya di Instagram (IG).

Syatillla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 2, dan Sarima Samheizy, 1.

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*