Pelakon Elfira Loy menyambut ulang tahun perkahwinan pertama bersama suaminya, Muhamad Khairol Faris Anuar hari ini.
Berita gembira itu dikongsi Elfira menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
“Selamat ulang tahun untuk kita sayang, saya sayang awak juga,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Rata-rata mereka mengucapkan selamat ulang tahun dan mendoakan kesejahteraan buat Elfira dan Faris.
“To my beloved husband , thank you for making ny 2019 the best year ever. From menikahi saya , menjadi imam saya , memaksa saya makan ubat sehingga sorok dalam ice cream demi anak kita. Bawak saya pergi Umrah pertama kita , menjadi bahan jenaka saya tengok awak feeling-feeling ( the other side of faris yang korang tak nampak ) . Terima kasih jugak layan semua cravings saya , yang paling saya suka semua midnight snacks yang awak buat , maggi , roti planta gula & blended milo omg sooo sedap.
dan gambar selepas itu , itu selepas faris gelak gelakkan el punya morning sickness dia pulak dapat. Serious kesian waktu tu hahahahha.
terima kasih sebab kerja keras untuk keluarga kita & menjadi Ayah yang lejen untuk anak kita. Happy Anniversary again ❤️– Elfira Loy
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Rayan Khalaf pada 1 Oktober lalu.
Sumber : Gempak
Leave a Reply