23 [FOTO] Elly Mazlein Selamat BergeIar Isteri Buat Kali Kedua Kepada Guru, Mohamad Azlan

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein selamat bergeIar isteri buat kali kedua kepada guru, Mohamad Azlan Che Nuh, 29, dengan sekali lafaz tepat jam 9.09 malam, hari ini.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, dan Azlan, dinikahkan oleh bapa Elly, Syed Hanafi Syed Abdullah dengan disaksikan Kadi, Ustaz Mejar Mohd Nizam Datuk Tarmizi.

Menerusi majlis yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pus4t Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, pihak lelaki memberikan mas kahwin berupa seutas gelang tangan emas bersama lima dulang hantaran antaranya cincin pernikahan, seutas gelang tangan emas, seutas rantai emas dan senaskhah Al-Quran.

Pihak perempuan pula membalas dengan tujuh dulang barangan hantaran yang terdiri daripada barang berjenama iaitu sebentuk cincin, sebuah beg tangan, sebuah beg d0mpet, sebuah beg, seutas tali pingg4ng, topi keledar dan sepasang kasut.

Elly sebelum itu mengotakan janjinya untuk mended4hkan wajah Azlan dalam satu majlis berinai yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail PWTC malam tadi selepas berjanji untuk membuat demikian ketika majlis pertunangan mereka yang berlangsung pada 17 Disember lalu.

Pelakon Kampung People itu juga turut berkongsi wajah terkini anak perempuannya, Putri Sara Sefhia, 4, pada majlis itu.

Sephia adalah cahaya mata hasil perkongsian hidup penyanyi Bungaku Bakawali itu dengan pengarah drama, Azmi Hatta. Mereka bernikah pada 9 November 2014, namun bercer4i pada 15 Oktober 2015.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*