Sayang Suami, Isteri Hadiahkan Gubahan Rimbunan Bunga ‘GERGASl’ Guna note RM100

Kalau dah cinta, apa sahaja sanggup dilakukan demi memastikan pasangan kita bahagia. Jadi, apabila tiba hari-hari penting seperti ulang tahun perkahwinan atau hari jadi, dah tentu kita mahu berikan yang terbaik untuk orang yang kita sayang..

Antara hadiah yang menjadi trend sekarang adalah gubahan bunga duit, tapi buat wanita ini gubahan bunga duit yang dibuat khas untuk suaminya mungkin boleh membuatkan banyak mata terbeIiak.

Gubahannya bukan biasa-biasa, menggunakan wang kertas RM100 dengan jumlah yang tidak dapat dipastikan, berdasarkan foto yang tular di Facebook, gubahan bunga itu memang cukup besar dan rimbun dengan duit.

Tengok sahajalah foto pasangan itu, punyalah besar gubahan duit itu sampai tenggelam orang di belakang dengan rimbunan duit yang sudah tentu jumlahnya agak tinggi.

Bertuah betul suami wanita berkenaan, sudah dapat isteri penyayang dan pemurah jadi suami jangan tak setia pula, jaga isteri itu elok-elok.

Sumber : Facebook

Via borakdaily

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia