[VIDEO] ‘Kakak Nak Daddy Balik, Dah 5 Bulan Tak Jumpa’ – Tang!san Anak, Ayah Terkandas PKP

 

Di Facebook, seorang kanak-kanak perempuan meluahkan rasa rindu terhadap ayahnya setelah lima bulan tidak berjumpa. Menurut kanak-kanak yang dikenali sebagai Arissa Arianna, ayahnya kini berada di Singapura dan terk4ndas sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menerusi video berdurasi 4:03 saat, Arissa memberi nasihat buat semua agar sentiasa memakai hand sanitizer, pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan sosiaI. Ujarnya, dia sangat merindui ayahnya yang berada di Singapura atas urusan kerja. Arissa turut menyatakan dia akan memelu0k ayahnya jika diberi kesempatan untuk berjumpa.

Detik sewaktu menghantar ayahnya ke Singapura pada 18 Mac lalu turut dikongsikan. Kelihatan Arissa menit!skan air mata sewaktu dalam perjalanan menghantar ayahnya. Sepanjang tempoh lima bulan tidak berjumpa, Arissa hanya membuat panggilan video bersama ayahnya. Di akhir video tersebut, Arissa berdoa agar w@bak C0vid-19 ini segera berakhir dan dia dapat berjumpa dengan ayahnya seperti kanak-kanak lain.

Rata-rata netizen tersentuh melihat rakaman video Arissa. Menurut mereka, Arissa seorang kanak-kanak yang kuat.

Sumber: Ain Nasuha Safie

Via ohbulan