Tulis kisah hidup sendiri, netizen minta ‘support’ buku Uncle Kentang

Mengangkat kisah perjalanan hidupnya yang gemar membantu orang dalam kesusahan, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang tampil dengan sebuah buku ditulisnya sendiri.

Menggunakan judul Sementara Ku Di Sini, buku yang berkisar mengenai kehidupan dermawan dan sukarelawan berusia 57 tahun itu diterbitkan khusus untuk menjadi inspirasi semua.

Menerusi laman Facebook, beliau yang berasal dari Batu Pahat, Johor meluahkan rasa sebak dapat menghasilkan karya bagi bacaan masyarakat selain berterima kasih kepada mereka yang sudah membeli.

SEBAK LIHAT GAMBAR KELUARGA SAYA DALAM BUKU…. SEDIH… MAK DAN AYAH…. KAU SUDAH KEMBALI….. Kali pertama sign…

Dikirim oleh Kuan Chee Heng pada Kamis, 27 Agustus 2020

“Sebak lihat gambar keluarga saya dalam buku, sedih. Mak dan ayah, kau sudah kembali. Kali pertama tandatangan buku hasil sendiri.
“Ada sedikit macam seb@k pulak. Sekurang-kurangnya ada satu buku ditinggalkan untuk anak-anak muda buat pedoman hidup. Terima kasih yang telah membeli, semoga anda dapat sedikit perkongsian saya,” tulisnya..

Menerusi posting lain, beliau tidak sangka dan terharu dengan sambutan orang ramai kerana telah menerima banyak tempahan untuk buku berharga RM35 itu.

Petikan sin0psis

Terharu! Ramai yang ‘order’.. Terima kasih

ANDA SEMUA GILA……. Ramai order buku ini…. I terharu… terima kasih… terima kasih… akan aku kirimkan hari ini…

Dikirim oleh Kuan Chee Heng pada Kamis, 27 Agustus 2020

Tinjauan pada ruangan k0men mendapati, netizen berhasrat bagi mendapatkan buku tersebut selain menyeru agar menyok0ng usaha beliau setelah banyak menyumbang jasa serta tenaga untuk golongan susah.

Tahniah uncle yang budiman!

Jom ‘supp0rt’ & beli

Moga kebaikan uncle diwarisi…

Sumber : Kuan Chee Heng , Book Cafe

Via OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*