Unik! Lihat 5 Cawangan Restoran KFC Paling ‘Rare’ di Malaysia..

Siapa saja yang tak tahu dengan restoran dengan menu ayam goreng KFC.  Mana-mana saja kita pergi diseluruh Malaysia, pasti ada restoran KFC. Kalau anda nak tahu, di Malaysia, KFC telah beroperasi selama 47 tahun sejak pembukaan restoran pertamanya pada tahun 1973  di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Kini KFC mempunyai beratus-ratus cawangan, namun setiap cawangan mempunyai keunikannya tersendiri. Ada yang tepi laut, malah ada yang terletak di pinggir tasik. Berikut adalah restoran-restoran KFC menarik di Malaysia yang boleh anda lawati:

1 KFC Greenlane, Penang

Sebuah bangunan warisan dengan senibina kolonial yang cantik.

2 KFC Tanjung Leman, Johor

Restoran ini terletak betul-betul di tepi pantai, menarik bukan? Anda boleh bersama-sama keluarga memancing sambil menjamu makan ayam goreng KFC.

3 KFC Stulang Laut, Johor

Nikmati bunyi desiran ombak yang menghempas pantai atau saksikan matahari terbenam ketika menjamu juadah.

4 KFC Taiping Lake Garden, Perak

Selami keindahan alam penuh kehijauan yang luas mata memandang.

5 KFC Nilai Square, Negeri Sembilan

Restoran mesra alam pertama yang diiktiraf dengan Pensijilan Hijau daripada pihak tempatan dan antarabangsa.

Menemani rakyat Malaysia ketika cuti-cuti Malaysia, KFC telah melancarkan kombo Cheezy Cheezy Malaysia yang mengetengahkan makanan sampingan kegemaran rakyat Malaysia.

Cheezy Wedges dan ‘add-on’ istimewa buat waktu terhad iaitu Bebola Durian yang diperbuat daripada 100% Durian D24 premium asli. Promosi ini boleh didapati di seluruh 740 restoran KFC di Malaysia, jadi ketika anda sedang cuti-cuti Malaysia, restoran KFC sedia untuk menjamu anda.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia

Sumber Murai