“Hari-hari staIk FB, lalu kawasan sekolah anaknya” – Lelaki GlLA bayang, menang!s depan janda 2 anak selepas cinta tak direstui

Perawan atau Janda dendangan asal penyanyi Indonesia, Cita Citata bukan sekadar lagu tetapi mempunyai kaitan dalam kehidupan..

Begitu lah jodoh dan pertemuan yang sudah ditentukan Tuhan, ada yang ditakdirkan bertemu wanita pilihan dalam kalangan janda.

Seperti seorang lelaki bujang berusia 33 tahun yang berkongsi kisahnya mengenali seorang wanita yang merupakan ibu tunggal dua anak.

“Ibu ayah sudah tiada dan dia duduk rumah sewa bersama anak-anaknya. Sangatlah baik. Independent dan seorang yang menjaga solat dan menjaga batas pergaulan.

“Jujur aku katakan aku jat0h cinta dengan dia kerana sifat itu dan aku berniat untuk berkahwin dengannya atas dasar cinta dan ingin membantu,” katanya menerusi halaman Facebook Luahan Orang Bujang.

Keperibadian seorang ibu tunggal menambat hati seorang lelaki bujang. Gambar hiasan

Menurut pemuda itu, jika dibandingkan, gajinya jauh lebih besar berbanding wanita berkenaan tetapi dia masih mampu menyara anak-anaknya.

“Memang aku betul-betul salute walaupun gaji kecil aku tengok anak-anak cukup makan dan pakai. Satu lagi masih cukup bersedekah setiap hujung bulan ke rumah anak-anak yatim.

“Aku yang gaji besar ni pun tak semampu dia setiap bulan hantar sedekah kepada rumah anak-anak yatim. Dia anggap mereka (anak-anak yatim) macam anak dia sendiri.

“Sebab dia jenis yang sangat sayangkan budak-budak walaupun bukan anak sendiri,” katanya.

Mak tak setuju sebab dia janda lagi-lagi ada anak sebab mak cakap dia tak nak aku jaga anak orang lain bukan d4rah dag!ng aku sendiriPEMUDA

Selepas setahun mengenali wanita itu, dia bercadang untuk berkahwin dan hasrat tersebut disampaikan kepada ibunya.

“Tapi mak tak setuju sebab dia janda lagi-lagi ada anak sebab mak cakap dia tak nak aku jaga anak orang lain bukan d@rah dag!ng aku sendiri.

“Mak aku cakap nanti tak0t kahwin duit gaji aku terp@ksa berhabis untuk orang yang bukan famili kami. Ya Allah, aku buntu aku solat tapi masih tak jumpa arah,” katanya.

Luahan seorang pemuda di laman sosial.

Walaupun tidak dapat menerima hakikat, dia terp4ksa berterus-terang dengan wanita berkenaan mengenai apa yang diperkatakan oleh ibunya.

“Aku cakap aku rasa macam tak boleh terima apa keputusan mak aku sebab aku dah nekad nak kahwin dengan dia.

“Lepas tu dia marah aku balik dia cakap dia tak suka aku jadi anak derhaka. Lembut sangat cara mar4hnya. Ya Allah masa tu pertama kali air mata aku jat0h kerana orang-orang yang aku sayang.

“Aku sayang dia dan anak-anaknya dan aku juga sayang mak aku,” tambahnya.

Selepas tiga tahun berpisah, dia masih membujang dan terus mengenangkan ibu tunggal dua anak yang disayanginya sepenuh hati.

“Sampai sekarang aku tak pernah terfikir nak kahwin nak kenal mana-mana perempuan. Aku hari-hari staIk FB (Facebook) dia, anak-anak dah makin membesar.

“Hampir setiap tengah hari aku lalu di kawasan sekolah anaknya. Ya Allah luluh hati aku, tengok senyuman dia dan senyuman anak-anak dia,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia

Sumber Mstar