Ibu tunggal terp4ksa berhutang mi segera, buat alas per0t anak2

Kehilangan suami sejak April lalu, membuatkan seorang ibu tunggal bernama Rini Mohd Yusup, 41, terpaksa memik0l tanggungjawab membesarkan tiga anaknya, Mohamad Safuan, 8, Mohamad Alsam, 6, dan Nor Saimah, 4.

Selepas suaminya, seorang warga Bangladesh, Saiful, 50, men!nggal dunia, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini terp4ksa menggantikan kerja suaminya iaitu men0reh getah.

Ambil tugas suami t0reh getah.

Sebelum ini hanya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, Rini meskipun mengakui tidak mahir men0reh getah namun dia perlu juga melakukan demi sesuap nasi buat anak-anaknya.

Tetapi, pendapatan mula terj3jas memandangkan keadaan cuaca yang kerap hujan menyukarkan dia untuk mendapatkan hasil getah.

Mengharapkan ihsan orang.

Kini, Rini yang merupakan warga Acheh menetap di Kuala Krai, hanya mengharapkan sumbangan ihsan daripada mana-mana pihak yang telah sudi membantu.

Rini berkata, dia memasang hasrat untuk pulang ke kampung halaman di Acheh selepas sempadan dibuka, memandangkan dia sudah tiada lagi keluarga terdekat di negara ini.

“Keluarga saya di Acheh sana pun susah dan hanya bekerja di kebun sayur tapi sekurang-kurangnya saya dapat berada di samping keluarga kerana di sini langsung sudah tiada sesiapa lagi…”

Tambah ibu tunggal ini lagi, mengenang nasib anak-anak dia sehingga tebalkan muka dengan berhutang dua bungkus mi segera di kedai runcit untuk makan malam mereka empat beranak.

“Hutang di kedai runcit sentiasa ada sehinggakan saya sudah berasa maIu untuk terus berhutang makanan tapi demi anak saya tebalkan muka kerana jika tidak, kami akan berl@par…”

Semoga urusan ibu ini dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan urusannya untuk pulang ke tanah air.

Sumber : Harian Metro (Siti Rohana Idris)

Via OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*