“Ada 3 HaI Yang Kita Boleh Belajar Kali Ini”- Pu Rahmat

Petang tadi Neelofa tampil dalam satu video di IG menjelaskan spekvlasi mengenai perhubungan dia dengan Pu Rizz.

Berkenaan hubungan dengan Haris, NeeIofa dilihat berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Menurutnya setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk beliau mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya.

” Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.

” Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

” Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, ingin memohon maaf kepada pihak keluarga saya, keluarga Haris untuk segala perkara yang berIaku.

” Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan.

” Kepada keluarga saya, terima kasih yang tidak terhingga ingin saya ucapkan. Sokongan, kasih sayang yang ditunjukkan, teg0ran yang diberikan, saya hargai dengan setulus hati.

” Sekali lagi, saya mohon kerjasama semua pihak untuk sama-sama memahami dan dapat memberikan saya ruang yang sewajarnya. Harap perkara ini tidak lagi akan berpanjangan.

” Terakhir, saya perlukan doa-doa anda buat saya. Terima kasih juga untuk segala sokongan yang diberikan. Saya sangat hargai..” kata NeeIofa.

Reaksi PU Rahmat

Sementara itu, perkongsian NeeIofa turut mendapat reaksi seorang penceramah selebriti iaitu PU Rahmat.

Pemilik nama sebenar Rahmat Ikhsan Mohd. Sofyan itu menulis entri di Instagram beliau meminta orang ramai agar bersngka baik dan mendoakan yang terbaik buat NeeIofa dan PU Riz.

” Seperti mana yang diminta Lofa agar kita mendoakan yang baik-baik. Maka kita doakan yang baik-baik. Jika tidak mahu mendoakan . Kita hanya perlu diamkan diri.

” Jika kita tidak mahu ambil peduli. Itu juga salah satu tanda kebaikan.

” Diantara baiknya Islam seseorang adalah apabila meninggalkan sesuatu yg tiada kaitan dengannya.

Selain itu PU Rahmat turut menggariskan 3 perkara atau pengajaran yang diperolehi dari apa yang berlaku kepada NeeIofa.

” Lofa sudah pun jelas mengatakan semua itu fitn4h. Akaun twitter yang spill the tea (sengaja membuat g0sip) pun dah gh@ib.

” Ada 3 haI yang kita belajar kali ini;

1) Mana-mana berita perlu diseIidiki
2) Pertunangan fasa yang berat
3) Pernikahan bukan hanya haI 2 jiwa tetapi juga haI dua keluarga.

” Semoga semuanya baik-baik Riz dan Lofa..” akhiri PU Rahmat.

Berikut video penuh penjelasan dari Neelofa

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia

Sumber trendingsangat