Putrajaya Sesak Gara-Gara Ayam Free, Netizen Bimb@ng Cetus Kluster Baru

Di Presint 9 Putrajaya menjadi sesak apabila orang ramai berpusu-pusu beratur bagi mendapatkan seekor ayam percuma yang diberikan oleh Pemuda UMN0 cawangan Putrajaya. Difahamkan, sebanyak 2,000 ek0r ayam beku diagihkan kepada penduduk sekitar Putrajaya.

Situasi itu bagaimanapun telah menyebabkan jalan menjadi sesak dan netizen bimb@ng akan tercet0snya ‘Kluster Ayam’ ekoran daripada program tersebut.

Hampir 2,000 penduduk

Memetik lap0ran Sinar Harian, hampir 2,000 penduduk telah mengunjungi Rumah Perlindungan Kucing, Putrajaya bagi mendapatkan ayam. Kebanyakan antara mereka hanya menaiki motosikal dan ada juga memandu kereta ke situ sehingga menyebabkan keses@kan lalu lintas.

‘Wow kluster ayam beku’

Di media sosiaI, viral beberapa video dan foto menyaksikan orang ramai sanggup beratur panjang bagi mendapatkan bekalan tersebut. Malah, netizen juga meluahkan rasa bimb@ng akan wujudnya ‘Kluster Ayam’.

Dah dapat kebenaran

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMN0 iaitu Mohd Zushaidey Zulkifli berkata pihaknya telah mendapatkan kebenaran daripada pihak p0lis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kami menitikberatkan soal prosedur 0perasi standard (SOP) ditetapkan kerana agihan dibuat secara pandu lalu dan tidak melibatkan sebarang sentuhan.

Pada mulanya kami bercadang untuk memberi dua ekor ayam bagi setiap orang, tetapi memandangkan terlalu ramai yang datang, kita bagi seekor ayam untuk seorang.

Sumber: Wan Zairul Azri, Mohd Redzuan Abdul Manap, Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia.