Tahniah, Dr Amalina Umum Selamat Bernikah Dengan Pilihan Hati

Dr Nur Amalina Che Bakri memaklumkan bahawa dia telah berkahwin dengan jejaka pilihannya pada 31 Mac yang lalu.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, upacara akad nikah telah diadakan di London Central Mosque yang dihadiri oleh beberapa orang ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Dia memanjatkan rasa syukur dan lega kerana semua urusan telah selesai walaupun upacara akad nikah sebelum ini terpaksa ditangguh sebanyak tiga kali kerana perintah berkurung.

“Rancangan awal kami adalah untuk mengadakan majlis resepsi pada bulan Mac di Malaysia dan Jun di UK tetapi kami menangguhkannya sehingga keadaan kembali pulih,” katanya.

Tambahnya lagi, majlis pernikahannya diadakan mengikut SOP yang ditetapkan di sana.

Tahniah Dr Amalina dan suami, semoga berbahagia hingga ke syurga.

Sumber: Dr Amalina Bakri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*