Jatuh hati dengan wanita m1steri, lelaki tunggu di lampu isyarat harap bertemu semula

SEORANG lelaki yang percaya bertemu dengan jodohnya ketika berhenti di lampu isyarat kini berharap mereka dapat bertemu semula.

Pada Sabtu, Martin Baker, 41, sedang memandu untuk mengambil pesanan yang dibelinya, sebelum menemukannya dengan seorang pemandu misteri.

Menurut laporan HullLive, lelaki yang memandu trak oren mendakwa dia jatuh hati dengan seorang wanita di persimpangan lampu isyarat.

Martin yang merupakan pengasuh dari utara Hull, England, minat dengan kereta dan memberitahu kenderaan lain sering menarik perhatiannya ketika dia memandu.

Namun ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat di Peaks Parkway di Grimsby, menyedari sebuah kereta BMW biru.

Dia kemudian melihat seorang wanita cantik yang memandang ke arahnya dan tersenyum.

Memuji kecantikan pemandu berkenaan, Martin menyifatkannya sebagai wanita pilihannya.

Martin berharap dia dapat bertemu semula dengan wanita m1steri itu, dan percaya sesuatu akan berlaku antara mereka. – Daily Star

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*