Bincang dengan pakar 5G UKM, lelaki ‘claim’ vaksin ada cip mikro

Penerimaan vaksin Covid-19 adalah tidak diwajibkan namun saranan kerajaan buat rakyat Malaysia supaya mendapatkan vaksin adalah bertujuan untuk membendvng penularan wab4k itu.

Cabarannya bukan sahaja untuk meyakinkan rakyat tentang keberkesanan vaksin tersebut, malah melibatkan golongan 4nti vaksin yang seringkali menyebarkan info paIsu kepada orang awam.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter, seorang lelaki warga emas dilihat menerangkan kesan buruk pengambilan vaksin selain mengatakan magnet akan masuk ke dalam tubuh manusia sekiranya disuntik.

Bukan itu sahaja, lelaki itu turut mengatakan penerima vaksin boleh dikesan dengan signal 5G melalui aplikasi yang boleh didapatkan di PlayStore.

Menurut lelaki warga emas itu lagi, cip mikro turut dimasukkan ke dalam badan penerima vaksin dan akan menyebabkan kem4tian.

“Dah ada cip mikro dalam badan, tak payahlah pakai fon lagi”

Ruangan komen tweet tersebut bagaimanapun dipenuhi dengan netizen yang rata-ratanya terhibur melihat gelagat lelaki tersebut.

Tweet yang telah dik0ngsi sebanyak 2,859 kali mendapat perhatian netizen yang sempat berseIoroh mengatakan tubuh mereka kini mempunyai keupayaan magnetik.

Sumber: Twitter @jijanism

Via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*